JAKIM junjung titah Sultan Selangor jangan langkaui keputusan MKI
JAKIM junjung titah Sultan Selangor jangan langkaui keputusan MKI

JAKIM junjung titah Sultan Selangor jangan langkaui keputusan MKI

JAKIM junjung titah Sultan Selangor jangan langkaui keputusan MKI. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa agensi itu tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan, berhubung keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Hakimah berkata, beliau selaku Setiausaha MKI mengambil maklum titah Sultan Sharafuddin sebagai Pengerusi MKI melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh baginda, hari ini.

“JAKIM selaku Sekretariat MKI akan sentiasa mematuhi peraturan MKI yang telah ditetapkan dan arahan dari semasa ke semasa Pengerusi MKI,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam, JAKIM junjung titah Sultan Selangor agar jangan langkaui keputusan MKI

Terdahulu, Sultan Sharafuddin bertitah sebarang kenyataan berhubung keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa itu di bawah bidang kuasa Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, MKI dan Majlis Raja-Raja.

Baginda bertitah, JAKIM hanya bertindak sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Muzakarah dan MKI.

Hakimah dalam kenyataannya turut merafak sembah menjunjung kasih atas keprihatinan Sultan Selangor terhadap tatakelola pentadbiran MKI.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah MKI, Datuk Wan Zahidi Wan Teh, dalam satu kenyataan, berkata Tarekat Naqsyabandiah al-Aliyyah Syeikh Nazim al-Haqqani dibenar untuk diamalkan pengikutnya, selagi tidak bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan syariah serta uruf setempat.

Wan Zahidi dilaporkan berkata, status terkini mengenai tarekat itu dibincang dan diputuskan MKI dalam mesyuarat ke-117 pada 2020, justeru keputusan terdahulu pada 2000 berkaitannya tidak lagi terpakai. – BERNAMA

(Visited 68 times, 1 visits today)

COMMENTS