JBPM Kedah sempurnakan nyah cemar terhadap bas bawa pelajar IPT balik ke kampung halaman.
JBPM Kedah sempurnakan nyah cemar terhadap bas bawa pelajar IPT balik ke kampung halaman.

JBPM Kedah sempurnakan nyah cemar terhadap bas bawa pelajar IPT balik ke kampung halaman.

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dengan kerjasama beberapa agensi termasuk polis, jabatan kesihatan negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) melakukan nyah cemar terhadap 32 bas yang membawa pulang 561 mahasiswa institusi pendidikan tinggi (IPT) ke negeri ini, pagi ini.

Pengarah JBPM Kedah, Sayani Saidon berkata, antara mahasiswa IPT terlibat adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Menurutnya antara ruangan yang dinyah cemar termasuklah bahagian dalam bas selain tempat penyimpanan bagasi.

“Jenis bahan kimia digunakan adalah sodium hypoclorite dan antara peralatan digunakan adalah penyembur tekanan dan penyembur tangan,” katanya.

(Visited 8 times, 1 visits today)

COMMENTS