Jelajah 90 Suria Dapat Sambutan Luar Biasa.
Jelajah 90 Suria Dapat Sambutan Luar Biasa.

Jelajah 90 Suria Dapat Sambutan Luar Biasa.

JELAJAH 90 Suria Memang Cantik KAK ELL yang diadakan di Kuantan City Mall, Pahang pada 6 Ogos lalu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 3,000 pengunjung.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali dengan nama DJ Lin meluahkan rasa terharu dan gembira atas sambutan luar biasa daripada warga Kuantan sekali gus mengharapkan situasi sehebat itu berterusan di Aman Cental, Alor Setar, Kedah pada 13 Ogos nanti.

“Alhamdulillah, pembukaan tirai jelajah bagi lokasi pertama ini mendapat sambutan di luar jangkaan. Mewakili pihak Suria FM, kami amat berterima kasih kepada semua pengunjung dan peminat setia Suria FM di pantai timur yang sudi hadir memberikan sokongan.

“Sambutan hebat ini bukan sahaja dapat dilihat daripada jumlah pengunjung yang hadir, bahkan penonton di platform digital Suria FM juga disambut baik dengan jumlah tontonan hampir mencecah 100,000 penonton,” katanya.

Terdahulu, persembahan pembukaan daripada pemenang pertandingan Busker 90 Suria, kumpulan The Bujangs turut mencuri tumpuan pengunjung.

Selain itu, persembahan dari barisan artis popular seperti Ella, Hatta Junction, Liza Hanim, Amelina, Ara Johari, Yonnyboii, Insomniacks, Amir Masdi, Wawa Shazwa, Ahmad Syafiq, Farra Ahmad, Hakim Khan dan Aiman Zaidi turut mendapat tepukan gemuruh daripada peminat yang berada di lokasi.

Bagi lokasi di Aman Central pula, kata DJ Lin, selain menampilkan barisan penyampai Suria FM, turut membuat persembahan ialah artis popular seperti Poey Sting, Rahmad Mega, Alim Kris, Safura,Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Tajul, Dolla, Yonnyboii, Wawa Shazwa, Ahmad Syafiq, Farra Ahmad, Hakim Khan, Syeera Aziz dan Aiman Zaidi.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang menangi hadiah cabutan bertuah seperti motosikal Modenas MR 3, basikal lipat Dahon Dream 6, Set barangan elektrik juga Pakej percutian 2 Hari 1 Malam. Caranya mudah sahaja dengan hanya membeli ‘Barangan Eksklusif Suria’ yang dijual di Booth ‘KEDAI SURIA’ sepanjang konsert berlangsung dengan minima pembelian sebanyak RM50.

(Visited 283 times, 1 visits today)

COMMENTS