Jenazah ibu mertua serta bayi Syafiq Ahmad selamat disemadikan
Jenazah ibu mertua serta bayi Syafiq Ahmad selamat disemadikan

Jenazah ibu mertua serta bayi Syafiq Ahmad selamat disemadikan

Jenazah bayi lelaki dan ibu mertua kepada penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad selesai dikebumikan di kampung halaman mereka di Pendang, Kedah, malam ini.

Terdahulu, jenazah Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari dan neneknya, Zainab Wahab, 46, selesai menjalani proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Sungai Bakap (HSB) tengah hari tadi dan dimandi serta dikafankan di hospital itu sebelum dibawa ke kampung halaman mertuanya di Padang Pusing, Pendang, Kedah.

Bekas Setiausaha Kehormat KFA, YB Asmirul bersama Menteri Besar Kedah yang turut menziarahi keluarga Syafiq di tanah perkuburan

 

Turut menziarahi keluarga bekas penyerang Kedah itu, mantan Setiausaha Kehormat KFA, YB Asmirul Anuar Aris yang mengakui terkejut dengan kejadian tragis yang menimpa bintang bola sepak negara itu.

YB Asmirul turut menyiram air ke kubur Allahyarhamah Zainab Wahab dan cucunya, Aisy Saqeef seusai pengkebumian.

“Saya mengucapkan takziah kepada Syafiq atas kehilangan bayi lelaki serta ibu mertua yang tersayang. Semoga beliau dapat bersabar dan tabah dalam menghadapi musibah ini.”

YB Asmirul cuba menenangkan Syafiq yang kelihatan sebak selepas selesai pengkebumian ibu mertua dan bayi beliau.

Dalam kejadian yang berlaku pukul 4.16 pagi itu, kenderaaan Toyota Vellfire yang dipandu Syafiq sedang dalam perjalanan dari Johor menuju ke Pendang, telah melanggar pembahagi tengah jalan dan terbalik di garisan putus-putus di tengah jalan.

Dalam kejadian itu, beliau dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, turut cedera ringan namun isteri beliau, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan cedera parah.

(Visited 45 times, 1 visits today)

COMMENTS