Jenazah Siti Sarah selamat dikebumi
Jenazah Siti Sarah selamat dikebumi

Jenazah Siti Sarah selamat dikebumi

Penyanyi terkenal tanah air Siti Sarah Raissuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Kira-kira 10 petugas berpakaian lengkap PPE membantu proses pengebumian berkenaan yang turut disaksikan oleh kumpulan petugas media dari jarak jauh.

Isteri kepada pelawak Shahmira Muhamad atau dikenali sebagai Shuib menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selepas lima hari bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan Covid-19.

Berita mengenai penyanyi lagu ‘Kesetiaan’ itu menjadi perbualan sejak minggu lalu apabila terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata, iaitu Uwais Alwarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.

Cahaya mata keempat pasangan itu yang sudah diberikan nama Ayash Affan selamat dilahirkan pada Jumaat lalu.

Pada 27 Julai, mereka sekeluarga dijangkiti Covid-19 dan menjalani kuarantin di rumah. Bagaimanapun, Siti Sarah dilaporkan mengalami batuk dan sesak nafas sebelum dikejarkan ke HCTM UKM pada Khamis.

Paras kesihatan beliau semakin merosot dan pasukan doktor mengambil keputusan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungan secara pembedahan pada Jumaat dan selamat dilahirkan.

Namun, Siti Sarah terpaksa ditidurkan berikutan kandungan oksigen dalam badannya dilaporkan kurang stabil.

(Visited 12 times, 1 visits today)

COMMENTS