Jepun haramkan pelajar wanita buat ikatan 'ponytail'
Jepun haramkan pelajar wanita buat ikatan ‘ponytail’

Jepun haramkan pelajar wanita buat ikatan ‘ponytail’

Baru-baru ini sebuah sekolah di Jepun mengharamkan ikatan ekor kuda atau ‘ponytail’ dalam kalangan pelajar wanita kerana khuatir lelaki dalam institut pengajian akan ‘naik syahwat’ apabila melihat belakang leher wanita.

Menurut tinjauan pada tahun 2020, 1/10 buah sekolah dalam wilayah Fukuoka mengharamkan ikatan ponytail.

“Mereka (pihak sekolah) risau pelajar lelaki akan pandang secara seksual terhadap wanita seperti mana sebab perlaksanaan memakai hanya seluar dalam putih. Saya sampaikan bantahan akan pengharaman ini namun tiada siapa ikut sama mengkritik dan perkara ini adalah normal. Jadi pelajar tiada pilihan dan harus menerimanya,” menurut bekas guru sekolah menengah.

Sekolah-sekolah di Jepun begitu ketat terhadap penampilan pelajar seperti haramkan mewarna rambut, aksesori badan, mekap, ubahsuai uniform, dan termasuk seluar dalam, panjang skirt dan sarung kaki.

Namun peraturan dalam sekolah tinggi di Tokyo membenarkan pelajar yang mempunyai rambut yang kerinting atau rambut yang tidak hitam. Dengan syarat pelajar harus perolehi sijil, asalkan rambut tersebut semula jadi dan tidak diwarnakan atau diubah. 79 dari 177 buah sekolah tinggi meminta kebenaran ibubapa untuk memiliki sijil rambut.

Jepun juga mempunyai peraturan memakai seluar dalam putih bagi pelajar wanita. Dalam tinjauan lembaga pendidikan wilayah Saga, 14 dari 51 buah sekolah menengah dan tinggi masih amalkan peraturan ini. Wilayah Saga kemudian hapuskan peraturan ini. Sejak tahun lepas, tidak ada pemeriksaan lanjut terhadap seluar dalam pelajar.

(Visited 20 times, 1 visits today)

COMMENTS