Jiran kerap dengar tangisan kanak-kanak, sedih mengenangkan mangsa
Jiran kerap dengar tangisan kanak-kanak, sedih mengenangkan mangsa

Jiran kerap dengar tangisan kanak-kanak, sedih mengenangkan mangsa

Kehadiran sebuah ambulans di hadapan rumah disangka jirannya positif Covid-19, namun terkejut apabila dimaklumkan anak jirannya meninggal dunia akibat lemas di dalam tong.

Wanita yang hanya mahu dikenali Kak Aish, 47, berkata, dia bukan sahaja terkejut malah sedih mengenangkan mangsa berusia tujuh
tahun sering termenung di luar rumah.

Menurutnya, dia yang berpindah di taman berkenaan pada tahun 2018 dari Kuala Lumpur, mengakui ibu kandung kepada kanak-kanak
lelaki malang tersebut jarang bergaul dengan jiran tetangga yang lain dan sebelum ini sering melihat wanita itu keluar bekerja
sebagai pengawal keselamatan di sekolah berhampiran.

Namun katanya, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dia tidak lagi melihat wanita itu keluar bekerja dan ada kalanya
kanak-kanak lelaki itu berada di pekarangan rumah bersama dua adiknya.

“Semalam (Jumaat) memang saya nampak ambulans, kemudian suami saya bertanyakan kepada suami wanita itu, dan dia memaklumkan
anaknya meninggal dunia kerana lemas di dalam tong.

“Tapi bila lihat tong berwarna biru dan mayat kanak-kanak itu diusung keluar dari rumah mereka saya sebak dan pilu,” katanya ketika ditemui di sini pada Sabtu.

Baca Juga : [VIDEO] Keluarga angkat mahu tuntut jenazah Amir, kebumi di Rawang

Seorang lagi jiran berusia 43 tahun mendakwa dia kerap mendengar tangisan kanak-kanak dari rumah jirannya itu namun
tidak mengesyaki apa-apa memandangkan dia juga mempunyai anak kecil dan menganggap tabiat (menangis) itu biasa.

“Namun bila nampak ambulans datang, saya terus bergegas ke luar rumah dan diberitahu oleh ayah tiri mangsa bahawa anaknya telah meninggal dunia akibat lemas manakala ibu mangsa duduk di atas sofa dan menangis.

“Bila tanya pada pasukan paramedik apa berlaku, salah seorang daripada mereka maklumkan kanak-kanak itu sebenarnya telah lama meninggal dunia,” katanya sedih.

Sumber Artikel

(Visited 13 times, 1 visits today)

COMMENTS