JKR jawab jeti kayu berharga RM50000 sebab guna kayu belian
JKR jawab jeti kayu berharga RM50000 sebab guna kayu belian

JKR jawab jeti kayu berharga RM50000 sebab guna kayu belian

Selain menggunakan kayu belian, pelbagai faktor juga diambil kira dalam menentukan kos pembinaan jeti Kampung Mutap, Bekenu yang menelan kos RM50,000. JKR jawab jeti kayu berharga RM50000 sebab guna kayu belian

Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Miri dalam kenyataan berkata, antaranya termasuk kos logistik selain faktor keselamatan dan keadaan jalan untuk ke kawasan berkenaan seperti yang dilaporkan dalam Berita Harian.

Katanya, kayu belian yang digunakan pula bernilai RM9,000 semeter, lebih rendah daripada kadar harga pasaran.

“Dengan bajet RM50,000, JKR Sarawak berjaya mereka bentuk jeti sepanjang 15 meter dengan dua tangga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

ARTIKEL VIRAL : Netizen persoal kenapa kerajaan beri laptop “cap ayam”?

Kenyataan itu bagi menjelaskan, mengenai dakwaan warganet yang viral sejak beberapa hari lalu mendakwa kos pembinaan jeti itu tidak wajar.

JKR jawab jeti kayu berharga RM50000 sebab guna kayu belian

Menurut JKR Bahagian Miri, cadangan awal adalah untuk membina jambatan keluli, namun terpaksa ditolak disebabkan kos yang terlalu tinggi.

Dimaklumkan juga, Ketua Kampung Mutap Sediah Abdullah memilih jeti daripada kayu belian sebagai ganti dan beliau perlu memohon peruntukan tambahan daripada wakil rakyat kawasan untuk pembangunan fasa kedua jeti itu.

ARTIKEL VIRAL : Datuk Bandar Alor Setar arah buang papan tanda kebenaran berniaga

“Ketika lawatan tapak, Ketua Kampung juga memaklumkan bahawa sungai itu dipenuhi buaya dan kontraktor yang dilantik hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga apabila melaksanakan kerja pembinaan.

“Kebimbangan lain termasuk hakikat bahawa akses jalan ke Kampung Mutap adalah jalan ladang yang amat membebankan,” katanya.

JKR Bahagian Miri juga berkata, cabut undi bagi projek itu dibuat pada 30 November 2021 di Pejabat Residen Miri dan kontraktor yang dipilih ialah Syarikat Bukit Balat, dengan kontrak ditawar untuk permulaan kerja pada 7 Mac 2022 hingga 6 Jun 2022.

“Projek berjaya disiapkan pada 6 April 2022 dan pemeriksaan tapak terakhir dilaksanakan secara bersama oleh JKR Bahagian Miri, Ketua Kampung dan kontraktor,” katanya yang memberitahu jeti diserahkan kepada Ketua Kampung selepas penilaian kerja akhir memuaskan.

Pihak JKR jawab jeti kayu berharga RM50000 sebab guna kayu belian merupakan kenyataan terkini dari pihak JKR Bahagian Miri, Sarawak.

ARTIKEL VIRAL : Chef Ammar nasi arab kecewa dituduh jual dengan harga ‘Tel Aviv’

(Visited 277 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )