Jom tebus SAVE 3.0, rebat sehingga RM400 untuk beli barang elektrik
Jom tebus SAVE 3.0, rebat sehingga RM400 untuk beli barang elektrik

Jom tebus SAVE 3.0, rebat sehingga RM400 untuk beli barang elektrik

Kerajaan baru-baru ini telah melancarkan Program Sustainablity Achieved via Energy Efficiency (SAVE) 3.0. Program ini menawarkan e-rebat sehingga RM400 untuk pembelian peralatan elektrik cekap tenaga.

Sebelum ini, program SAVE 2.0 menawarkan e-rebat sebanyak RM200 kepada isi rumah bagi pembelian penyaman udara atau peti sejuk sahaja yang mana telah menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST). Jadi, SAVE 3.0 ini meliputi lebih banyak pilihan kategori peralatan elektrik.

Jangan keliru, program ini tidak terhad untuk mangsa banjir sahaja. Namun, anda boleh menyemak terlebih dahulu syarat kelayakannya seperti:

    • Rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada ‘first come first serve basis’
    • Hanya warganegara Malaysia memiliki akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat-syarikat utiliti (TNB, SESB, SEB dan NUR Power)
    • Bagi penerima e-rebat SAVE 2.0, anda hanya layak untuk tebus kategori dua sahaja
    • Pembelian boleh dilakukan secara dalam talian menerusi ShopeeLazada dan PG Mall. Boleh juga melakukan penebusan dan pembelian di kedai atau pasar raya berdaftar. Rujuk di SINI untuk mengetahui kedai yang berdaftar.

Seperti yang dinyatakan, terdapat dua kategori di bawah Program SAVE 3.0, iaitu:

    • Kategori 1 – Peti sejuk dan penyaman udara
    • Kategori 2 – Televisyen, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro dan periuk nasi

Cara Penebusan di Shopee
Untuk penebusan, anda boleh klik pautan INIKemudian, pilih produk yang disenaraikan dan mempunyai tag ‘SAVE 3.0’. Seterusnya, mesej penjual dan mereka akan membantu anda dalam mendapatkan baucar. Setelah diterima, penjual akan memberikan anda kod baucar dan boleh terus tekan “Shop Vouchers” serta masukkan kod tersebut semasa ‘Check Out’.

Boleh rujuk gambar di bawah:

Sekiranya ada yang mahukan pembelian di Lazada, caranya juga sama. Anda boleh klik di SINI.

Buat makluman, penebusan dan pembelian Program SAVE 3.0 ini boleh dibuat bermula hari ini (Januari) sehingga Disember 2022.

Kredit : WISER

(Visited 107 times, 1 visits today)

COMMENTS