Jualan lukisan 'Langkah Sheraton' cecah RM1.3 Juta
Jualan lukisan ‘Langkah Sheraton’ cecah RM1.3 Juta

Jualan lukisan ‘Langkah Sheraton’ cecah RM1.3 Juta

‘Langkah Sheraton’ adalah antara momen bersejarah yang pernah berlaku di Malaysia. Tindakan ahli Parlimen ‘melompat’ secara beramai-ramai pada awal tahun 2020 yang lalu telah menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan yang sebelum ini diberi mandat oleh rakyat Malaysia selepas menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Sebahagian orang merasakan bahawa ‘Langkah Sheraton’ adalah sebuah gerakan pengkhianat terbesar yang pernah terjadi di Malaysia, manakala sebahagian pula merasakan bahawa ia bertujuan untuk menyelamatkan negara.

Terbaharu, Ahli Parlimen (MP) Damansara, Tony Pua telah berjaya menjual lukisan ‘Langkah Sheraton’, di mana kesemua 8,888 NFT telah dijual dengan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM1.3 juta. Pua berkata jualan ini hanya berlangsung selama 28 jam selepas ia dilancarkan pada 31 Ogos 2022 sempena Hari Merdeka.

Lukisan Langkah Sheraton dibuat oleh Pua semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 dan diilhamkan daripada peristiwa sebenar yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan tumbang. Ia menampilkan ahli politik terkenal Malaysia dan juga Speaker Dewan Rakyat.

(Visited 1,059 times, 1 visits today)

COMMENTS