Jurulatih Ulsan Hyundai terkilan tewas 'mengejut' 2 kali pada JDT
Jurulatih Ulsan Hyundai terkilan tewas ‘mengejut’ 2 kali pada JDT

Jurulatih Ulsan Hyundai terkilan tewas ‘mengejut’ 2 kali pada JDT

Perlawanan di antara Ulsan Hyundai dan JDT di Stadium Sultan Ibrahim petang semalam adalah antara perlawanan yang paling diberikan perhatian di dalam saingan peringkat kumpulan AFC Champions League (ACL) setakat ini.

Dan perlawanan ‘winners take all’ itu diakhiri dengan penuh dramatik apabila pasukan tuan rumah, JDT menjaringkan gol pada minit akhir masa kecederaan untuk menewaskan wakil Korea Selatan yang merupakan bekas juara pertandingan elit kelab Asia itu pada 2020.

Baca Juga : Tinggalkan Odisha Fc, Liridon mahu kembali ke Kedah?

Ulsan pulang kecewa

Memetik laporan SemuanyaBola Saingan peringkat kumpulan yang diadakan secara berpusat sejak beberapa musim lalu akibat wabak yang melanda, Ulsan Hyundai pulang meninggalkan Johor Bahru penuh kempunan apabila sekadar mengakhiri saingan Kumpulan I di tangga ketiga.

Kekalahan 2-1 pada petang semalam bukanlah kekalahan kali pertama dihadapi oleh jaguh dari Korea Selatan itu ketika berhadapan jaguh Liga Super Malaysia itu.

Dalam perlawanan pusingan pertama peringkat kumpulan, Ulsan turut ditewaskan dengan jumlah jaringan yang sama. Bezanya pada ketika itu, kekalahan tersebut dianggap kejutan.

Ulsan pulang kecewa setelah menamatkan kempen di tangga ketiga

Tetapi tewas dua kali kepada lawan yang sama – pengurus Ulsan Hyundai kemudiannya dituntut untuk memberikan penjelasan sewajarnya.

Hong Myung-bo tiada penjelasan

Pengurus Ulsan Hyundai, Hong Myung-bo turut menyalahkan jadual perlawanan yang ketat dan sukar menyebabkan pasukannya gagal memberikan yang terbaik untuk melepasi saingan peringkat kumpulan.

“Pada hari ini [semalam], cabaran [Ulsan Hyundai] di ACL sudah berakhir. Ia adalah jadual perlawanan yang amat sukar untuk diharungi, tetapi pemain-pemain kami telah memberikan segalanya,” ujar beliau seperti yang dipetik daripada Footballist.co.kr.

“[Keputusan] perlawanan terakhir tidak bagus. Ia tidak membawa sebarang makna jika kami gagal menang. Oleh kerana itu, saya berusaha sebaik mungkin pada perlawanan terakhir [menentang JDT].

“Ia begitu sukar untuk berhadapan jadual perlawanan yang begitu ketat, tetpai saya telah berusaha sehabis baik.

Tewas dua kali kepada JDT dalam saingan Kumpulan I, ini pula respong Myung-bo ketika ditanya wartawan.

“Saya tidak tahu puncanya sekarang. Buat masa ini anda harus menerima hakikat telah tewas dalam kedua-dua pertemuan.

“Saya tidak berpendapat situasi sekarang adalah masa terbaik untuk saya bercakap mengenai faktor kekalahan,” kata beliau lagi.

Myung-bo bagaimana pun enggan menyalahkan pemain atau bertanggapan pemain telah hilang konsentrasi sehingga dibolosi pada minit akhir.

“Saya cuba mengubah beberapa posisi untuk memburu gol [kemenangan] kerana ia adalah perlawanan wajib menang, tetapi ia tidak berlaku seperti yang kita harapkan,” jelas Myung-bo

“Pihak lawan dan kami sendiri memiliki peluang pada babak akhir perlawanan. Malang sekali kami gagal mempertahankannya.

“Kami harus melihat kembali bagaimana kami dibolosi. tetapi saya berpendapat pemain mungkin sudah mulai berhadapan dengan isu fizikal dan keletihan.”

Baca Juga : 3 Punca JDT tewas pada Kawasaki Frontale menurut Azraai Khor

Baca Juga : Quang Hai nak mai Kedah DA FC ganti Buschening?

(Visited 3,844 times, 1 visits today)

COMMENTS