Kak Long 7E bikin hal lagi 'hina' OKU, POKUAT buat laporan polis
Kak Long 7E bikin hal lagi ‘hina’ OKU, POKUAT buat laporan polis

Kak Long 7E bikin hal lagi ‘hina’ OKU, POKUAT buat laporan polis

Berang dan kecewa melihat tindakan Wan Noor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long 7E yang seperti mempersendakan Orang Kurang Upaya (OKU), Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT) membuat keputusan untuk melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis.

Menurut Presiden Persatuan, Fakhruddin Zakaria, pihak POKUAT membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terenggganu semalam selepas dia menerima beberapa video yang memperlihatkan Kak Long membuat aksi pergerakan badan dan mimik muka seperti OKU.

Ujarnya lagi, laporan polis telah dibuat dengan tujuan untuk memberi kesedaran kepada wanita berkenaan kerana ia agak keterlaluan serta mengguriskan hati mereka.

Tindakan wanita terbabit yang tidak sensitif terhadap perasaan OKU mengakibatkan timbulnya rasa marah apabila kami dihina oleh seseorang yang semata-mata ingin meningkatkan popularitinya di media sosial.

Kami menggesa kerajaan supaya segera menggubal atau mewujudkan akta yang membolehkan mana-mana individu atau pihak yang menghina golongan OKU dalam apa bentuk sekalipun dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam pada itu, pihaknya berharap agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyekat akaun media sosial wanita tersebut.

Tambahnya lagi, tindakan Kak Long yang akan meminta maaf selepas membuat video terbabit sehingga membangkitkan amarah netizen adalah tidak wajar sama sekali.

Bila salah minta maaf dan kemudian ulangi lagi dan perbuatan seperti ini amat tidak bersesuaian melainkan wanita terbabit dikenakan tindakan undang-undang.

Terdahulu, video Kak Long melakonkan gaya tempang dan herot membuatkan netizen marah dan kejadian berkenaan dipercayai berlaku selepas dia dijemput menghadiri Program Trending di Stesen TV Al Hijrah.-HM

(Visited 55 times, 1 visits today)

COMMENTS