Kamarul Yusoff memfitnah, akhirnya memohon maaf secara terbuka.
Kamarul Yusoff memfitnah, akhirnya memohon maaf secara terbuka.

Kamarul Yusoff memfitnah, akhirnya memohon maaf secara terbuka.

Pensyarah UUM, Dr Kamarul Yusoff memohon maaf secara terbuka atas fitnah yang dilontarkan menerusi Facebook ‘Kamarul Yusoff” ke atas pemilik akaun ‘Che Asmah’.

Datin Paduka Che Asmah Ibrahim berkata, “Saya sedia memaafkan permohonan dari sedara semuslim saya Dr Kamarul Yusoff yang telah menyebarkan berita tidak benar dan kelihatan berunsur fitnah terhadap saya melalui laman FB beliau Kamarul Yusoff pada 30 April 2020.

Ayat Allah di bawah mengingatkan saya untuk berbuat demikian.

Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman:

وَلَمَنْ صَبَرَ وَغَفَرَ اِنَّ ذٰلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الْاُ مُوْرِ

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).”
(QS. Asy-Syura 42: Ayat 43)

Katanya lagi, “Bagi mereka yang saya tidak kenal dan mereka juga tidak kenal saya tetapi telah sama-sama like & ‘share'(316kali) posting tersebut atas tujuan tertentu dan mencerca, mencelaka dengan penuh kebencian, harap maklum bahawa kenyataan tersebut adalah TIDAK BENAR dan berunsur fitnah,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Sesungguhnya dosa manusia kepada Allah boleh dipohon ampun dari Nya tetapi dosa sesama manusia harap fikirlah sendiri.

(Visited 7 times, 1 visits today)

COMMENTS