KAMI MASIH LAGI KERAJAAN NEGERI KEDAH - Dr Ismail Salleh
KAMI MASIH LAGI KERAJAAN NEGERI KEDAH – Dr Ismail Salleh

KAMI MASIH LAGI KERAJAAN NEGERI KEDAH – Dr Ismail Salleh

Alor Setar – Pas diminta menghormati pimpinan pakatan harapan untuk mentadbir negeri Kedah.

Ketua Penerangan Pakatan Harapan Kedah, Dato’ Dr Ismail Salleh berkata pakatan harapan masih memegang tampuk pemerintahan negeri Kedah sehingga kini.

“Keseluruhan krisis politik yang berlaku pada hari ini disebabkan agenda peribadi pimpinan tertentu dan parti yang ada untuk berkuasa di negeri kedah ini.”

“Antara parti yang terlibat adalah parti Pas yang inginkan kuasa untuk mengambil alih negeri ini hingga terpaksa mengkhianati mandat rakyat yang diberikan pada pru yang lalu.”

“Rakyat berikan kepada pakatan harapan untuk memerintah dan menjalankan agenda membantu rakyat selama 5 tahun dan rakyat percayakan kepada PH untuk mengemudi negeri ini.”

“Tetapi apabila beberapa pimpinan PH yang khianat mandat rakyat kerana inginkan kuasa, maka di Pusat tumbang dan kita mendapat Perdana Menteri yang baharu dan beberapa negeri seperti Johor, Melaka, Perak , tumbang ke tangan perikatan nasional kerana dikhianat oleh mereka yang tidak memikirkan soal rakyat,” katanya.

Katanya lagi, “Bagi negeri Kedah, kami memilih untuk tidak mengkhianati mandat rakyat malah Parti Bersatu Kedah yang diterajui oleh Dato Seri Mukhriz mengambil keputusan menongkah arus kerana tidak mahu khianat kepada mandat yang diberikan.”

“Pada ketika ini Pas berusaha keras mengambil negeri Kedah dan mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kerana rakyat berikan kepercayaan kepada PH untuk memegang tampuk pemerintahan menerusi pilihan raya dan bukannya melalui rampasan kuasa dan khianat.”

Ismail berkata lagi “Apabila Parti Bersatu keluar dari komponen PH, maka Majlis pimpinan tertinggi membuat keputusan untuk melantik Dato Johari Abdul sebagai pengerusi PH yang baharu.”

“Dato Johari dan semua komponen PH menyokong Dato Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah kerana menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat kepada PH.”

“Pentadbiran di bawah Dato Seri Mukhriz ditadbir urus dengan begitu baik sekali dan keperluan rakyat diutamakan serta pembangunan ekonomi pesat membangun.”

“Kedah berjaya menarik pelabur dari luar Negara untuk meningkatkan ekonomi negeri dan kedah berjaya menarik pelabur tertinggi dalam sejarah.”

” Pada tahun 2019 pelaburan di negeri kedah melonjak naik sebanyak melebihi 10 billion ringgit dan meletakkan negeri kedah seiring dengan dengan negeri maju yang lain seperti selangor dan pulau pinang.”

“Projek yang tengah berjalan di negeri kedah ini adalah projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim ( KXP), Kedah Rubber City, Bukit Kayu Hitam( Special Border Economic Zone- SBEZ), Projek Kulim Hi-Tech Park (KHTP) yang sekarang ini sedang berjalan dan mampu memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat khususnya rakyat kedah dan juga meningkatkan ekonomi negeri dan setempat.”

” Ini adalah kejayaan Kerajaan negeri dibawah PH yang sentiasa ingin membuat perubahan demi rakyat amnya bagi memastikan rakyat dapat menerima manfaat dari apa yang dilakukan kerajaan pada hari ini.”

“Hasrat Pas untuk mengambil alih kedah adalah hasrat yang jahat kerana mereka ingin merampas negeri kedah ditengah-tengah PH memerintah dengan baik dan mereka hanya memikirkan kuasa dan kepentingan peribadi lebih dari kepentingan untuk membangunkan rakyat kedah.” katanya.

Kenyatan diatas adalah respon dari Kenyataan Pesuruhjaya Pas Kedah terhadap kedudukan Menteri Besar kedah pada ketika ini melalui : https://harakahdaily.net/index.php/2020/03/13/mb-mukhriz-sebaiknya-serah-kepada-pas/

(Visited 68 times, 1 visits today)

COMMENTS