Kanak-kanak ditemui lemas dalam parit
Kanak-kanak ditemui lemas dalam parit

Kanak-kanak ditemui lemas dalam parit

SUNGAI PETANI – Seorang kanak-kanak lelaki yang hanyut di sebuah parit di Jalan Padang Temusu, Kampung Padang Temusu di sini petang semalam ditemui lemas pagi tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Kedah), Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mayat mangsa berusia lima tahun itu ditemui oleh anggota bomba kira-kira 1.4 kilometer (km) dari lokasi kejadian pada jam 9.49 pagi.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berita Penuh : SINAR HARIAN

(Visited 14 times, 1 visits today)

COMMENTS