Kebajikan Rakyat Ketika Hadapi COVID-19
Kebajikan Rakyat Ketika Hadapi COVID-19

Kebajikan Rakyat Ketika Hadapi COVID-19

Kerajaan negeri Kedah melalui Mesyuarat Exco sebentar tadi telah membuat beberapa keputusan.

YAB MB mengumumkan perkara tersebut dalam Sidang Media selepas Mesyuarat Exco.

Kata beliau, Kerajaan kini hendak ringankan beban rakyat khususnya, kerana kita semua menghadapi krisis COVID-19.

Dua perkara yang dianggap penting, untuk memastikan kelangsungan rakyat terus dapat, mencari makan, sumber pendapatan berterusan. Lebih-lebih lagi dalam sektor yang dianggap essential (penting) sektor-sektor keperluan asas yang berkait dengan makanan dan perkhidmatan yang diperlukan.

Apabila diumumkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ditambah lagi hingga 14 April 2020, soal kebajikan rakyat, terjejas sumber pendapatan, seperti penjaja-penjaja yang bukan menjual makanan, pemandu teksi, yang menjalankan perkhidmatan servis, cuci kereta, semua ini terjejas mata percarian mereka. Maka mereka memerlukan bantuan.

Dalam perbincangan Mesyuarat Exco sebentar tadi juga, Kerajaan negeri mempunyai pakej rangsangan ekonomi sebanyak RM10 juta, Kerajaan negeri berbincang bagaimana kita nak sampaikan peruntukan ini bagi membantu rakyat yang memerlukan.

Antara satunya ialah melalui Lembaga Zakat Negeri Kedah. Lembaga Zakat sendiri sudah mempunyai senarai mereka yang layak menerima bantuan zakat. Dalam keadaan sekarang ini, dimana mereka yang sebelum ini tidak layak, tapi sekarang ini layak. Mereka yang mempunyai masalah berhutang ini dipanggil golongan asnaf al-gharimin jadi mereka layak.

Mereka yang tiba-tiba dalam keadaan cemas, tak mampu duit belanja harian, mereka boleh memohon pada Lembaga Zakat Kedah.

Kemudian melalui Kad KIDA. Pada yang mempunyai kad teruskan macam biasa, manakala yang selebihnya, pada yang dulu tak layak dan sekarang sudah layak kerana tidak ada sumber pendapatan, kita akan sediakan borang untuk permohonan.

Borang permohonan secara online melalui Kedah Apps, satu aplikasi dari Kerajaan negeri Kedah. Boleh dimuat turun dalam sehari-dua lagi.

Satu lagi melalui mesej teks, akan dimaklumkan kepada semua pihak yang telah berhubung dengan kami, melalui whatsap, telegram dan sebagainya. Mohon kerjasama untuk memberi maklumat yang diperlukan. Kerajaan negeri akan senaraikan apa maklumat yang diperlukan. Sudah tentu maklumat asas seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat rumah, keadaan pemohon dan sumber pendapatan pemohon yang terjejas itu.

Semua pemohonan ini akan dikumpul oleh Kerajaan negeri dan bantuan akan diedarkan pada seluruh Daerah dan Dun di negeri Kedah, bersama dengan Lembaga Zakat Kedah, KIDA, JKM semua akan disatukan supaya tidak ada pertindihan ketika menyalurkan bantuan. Jumlah bantuan pada individu belum ditetapkan, akan diumum kelak.

Jumlah keseluruhan bantuan pada kali ini sebanyak RM10 juta.

Admin: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

#KedahAmanMakmur

(Visited 11 times, 1 visits today)

COMMENTS