Kecacatan pelantikan Speaker Kedah
Kecacatan pelantikan Speaker Kedah

Kecacatan pelantikan Speaker Kedah

Apa yg telah berlaku di Parlimen untuk pelantikan Speaker turut berlaku di DUN Kedah pagi ini. Notis tidak diberikan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri walaupun sehari sebelum Dewan Undangan Negeri Kedah bersidang hari ini.

Walhal kalaupun diikut prosedur Peraturan Mesyuarat DUN Kedah, tentunya calon yg dipilih Kerajaan PN Kedah akan dengan mudahnya dipilih sebagai Speaker. Ini memandangkan majoriti 10 yg ada kpd PN berbanding pembangkang.

Pelantikan Timbalan Speaker juga begitu juga. Tanpa apa2 notis utk menjemput pencalonan dari pihak Pembangkang (yg tentunya akan kalah dalam pengundian), Speaker yg baru dilantik terus mengumumkan pelantikan Timbalannya.

Apa sebabnya Peraturan Mesyuarat DUN Kedah diketepikan sebegitu rupa? Tiada langsung kemungkinan berlaku undian berbelah bahagi seperti yg berlaku di Parlimen kerana didalam DUN Kedah, PN mempunyai 23 kerusi berbanding hanya 13 dipihak Pembangkang.

Bagaimana Speaker baru DUN Kedah boleh mengharapkan pematuhan Peraturan Mesyuarat sepanjang Dewan bersidang apabila pelantikannya sendiri begitu pincang? Apakah ini norma baru dimana Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat boleh diperlakukan sesuka hati sehingga matlamat menghalalkan cara?

Hari ini merupakan hari yg sangat mengecewakan bagi keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang Negeri dan Negara.

Selamat menyambut Merdeka ke-63

Mukhriz Mahathir

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS