Kedah catat 14 kes daripada 182 kes baharu hari ini
Kedah catat 14 kes daripada 182 kes baharu hari ini

Kedah catat 14 kes daripada 182 kes baharu hari ini

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 14 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,181 kes (93.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 11 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 182 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,810 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 501 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 182 kes baharu yang dilaporkan, terdapat satu (1) kes import yang dilaporkan di negeri Selangor, melibatkan seorang warganegara Filipina. Daripada 181 kes penularan di dalam negara, 90 adalah warganegara Malaysia manakala 91 adalah bukan warganegara. Perincian kes mengikut negeri adalah seperti berikut:

i.      Kedah – 14 kes:

  • 11 kes daripada Kluster Sungai; dan
  • Tiga (3) kes daripada Kluster Telaga.

ii.      Sabah: 167 kes daripada Kluster Benteng LD, di mana 91 kes merupakan bukan warganegara.

Kluster-kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat sembilan (9) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lima (5) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.30 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI TIGA BUAH KLUSTER – KLUSTER BENTENG LD, SUNGAI DAN TELAGA

Kluster Benteng LD, Kluster Telaga dan Kluster Sungai mencatatkan pertambahan kes pada hari ini. Pecahan saringan dan situasi terkini bagi kluster-kluster mengikut negeri terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kluster Benteng LD, Sabah (jumlah saringan 2,837):
    • Tawau (2,067 disaring):
      1. 250 kes dikesan positif COVID-19 (167 kes baharu);
      2. 625 individu negatif; dan
      3. 1,192 individu masih menunggu keputusan.
    • Lahad Datu (770 disaring):
      1. 87 kes dikesan positif COVID-19;
      2. 291 individu negatif; dan
      3. 392 individu masih menunggu keputusan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 167 kes baharu, 76 kes adalah warganegara di mana 70 kes adalah banduan penjara dan enam (6) kes adalah melibatkan orang awam yang dikesan melalui saringan kontak rapat. Manakala baki 91 kes lagi pula adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (61 kes);  dan
  • Indonesia (30 kes).

2. Kluster Sungai (jumlah saringan 2,170):

  • Kedah (2,037 disaring):
    1. 50 kes dikesan positif COVID-19 ( 11 kes baharu);
    2. 1,408 individu negatif; dan
    3. 579 individu masih menunggu keputusan.
  • Pulau Pinang – Kesemua 122 saringan adalah negatif.
  • Perlis (11 disaring):
    1. Satu (1) kes dikesan positif COVID-19;
    2. Enam (6) individu negatif; dan
    3. Empat (4) individu masih menunggu keputusan.

3. Kluster Telaga (jumlah saringan 4,766

  • Kedah (4,718 disaring):
    1. 16 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
    2. 4,610 individu negatif; dan
    3. 92 individu masih menunggu keputusan.
  • Pulau Pinang – kesemua 48 saringan adalah negatif.

Situasi semasa kluster-kluster dan kawasan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) secara pentadbiran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Setakat ini, pelaksanaannya berjalan lancar dan kerjasama masyarakat setempat adalah amat baik.

Sumber: KP Kesihatan Malaysia

(Visited 66 times, 1 visits today)

COMMENTS