Kedah catat 4 kes baru, Sabah kekal tertinggi

Kedah catat 4 kes baru, Sabah kekal tertinggi

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 24 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 71 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,576 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 777 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 71 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan bukan warganegara dari negara:

  • Singapura: Satu (1) kes dilaporkan di Johor.
  • Indonesia: Satu (1) kes dilaporkan di Selangor yang melibatkanPendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Daripada 69 kes penularan di dalam negara, 43 kes adalah warganegara Malaysia dan 26 kes adalah bukan warganegara. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 63 kes
    • 47 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 32 kes warganegara dan 15 kes bukan warganegara;
    • 10 kes daripada Kluster Laut yang melibatkan kesemua bukan warganegara;
    • Dua (2) kes saringan kemasukan ke hospital yang melibatkan satu (1) warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan rujukan ke Hospital Tawau yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan pra prosedur di Hospital Semporna yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan bergejala di pusat perubatan yang melibatkan warganegara. Kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.
  • Kedah: Empat (4) kes
    • Empat (4) kes daripada Kluster Sungai yang melibatkan semua warganegara.
  • Selangor: Dua (2) kes
    • Dua (2) kes saringan bergejala yang melibatkan warganegara. Mereka mempunyai sejarah pulang dari Semporna,Sabah.

Sehingga kini, terdapat enam (6) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 133 kes (1.26 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI BAGI TIGA (3) KLUSTER DI SABAH DAN SATU (1) KLUSTER DI KEDAH

Kluster Bangau-Bangau

Terdapat 47 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bangau-Bangau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 60 kes. Sehingga 24 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 105 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • 60 kes dikesan positif COVID-19 (47 kes baharu); dan
  • 45 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 60 kes positif COVID-19, 42 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 18 adalah warganegara Filipina.

Kluster Laut

Terdapat 10 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Laut pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 22 kes. Sehingga 24 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 488 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • 22 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu);
  • 352 individu negatif; dan
  • 114 individu menunggu keputusan.

Kesemua 22 kes positif COVID-19 dalam kluster ini adalah di kalangan warganegara Filipina.

Kluster Benteng LD

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 730 kes. Sehingga 24 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 10,521 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  • Tawau (7,951 individu disaring);
    • 570 kes dikesan positif COVID-19;
    • 6,136 individu negatif; dan
    • 1,245 individu menunggu keputusan.
  • Lahad Datu (2,569 individu disaring):
    • 159 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
    • 1,901 individu negatif; dan
    • 509 individu menunggu keputusan.
  • Sandakan – Satu (1) kes dikesan positif COVID-19, tiada saringan dan pertambahan kes baharu.

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,771 banduan dan tahanan di mana 617 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,159 kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 24 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,394 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 27 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,526 pegawai agensi kerajaan lain di mana tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 4,671 kontak sosial di mana 62 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 730 kes positif COVID-19, 415 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 315 kes adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (202 kes); dan
  • Indonesia (113 kes).

Ingin dimaklumkan bahawa jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan. 

Kluster Sungai

Terdapat empat (4) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 91 kes. Sehingga 24 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 25,167 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Kedah (24,947 individu disaring):
    • 90 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
    • 24,584 individu negatif; dan
    • 273 individu menunggu keputusan.
  • Pulau Pinang (142 individu disaring):
    • 142 individu negatif.
  • Perlis (78 individu disaring):
    • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19; dan
    • 77 individu negatif.

Kesemua 91 kes positif dalam kluster ini merupakan warganegara Malaysia.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )