Kedah ‘Comeback’ tumpaskan Selangor, bawa pulang 3 mata

Kedah ‘Comeback’ tumpaskan Selangor, bawa pulang 3 mata

Kedah Darul Aman bangkit dari ketinggalan satu gol untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas Selangor dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Selasa.

15 minit pertama menyaksikan Selangor lebih banyak mendominasi perlawanan dan mendapat deretan peluang terbaik untuk menjaringkan gol pertama, namun dikecewakan dengan palang gol dan kecekapan penjaga gol pelawat Shahril Saโ€™ari.

Namun usaha bertali arus Selangor membuahkan hasil pada minit ke-33 apabila Oliver Buff yang menerima lorongan pendek Danial Asri bijak melepaskan rembatan untuk meletakkan Selangor di hadapan.

Kecuaian Shahril Saโ€™ari nyaris memberikan gol kedua buat Selangor selepas percubaannya untuk mengeluarkan bola dipintas Danial Asri, namun bernasib baik apabila bola tersebut terkena tiang.

Beberapa minit sebelum rehat, giliran penjaga gol tuan rumah Khairul Azhan menyelamatkan gawangnya dari dibocori dengan menepis keluar percubaan Faizat Ghazali untuk memastikan kedudukan 1-0 kekal sehingga separuh masa pertama.

Beberapa pertukaran yang dilakukan oleh Kedah pada babak kedua ternyata memberikan impak positif apabila corak permainan mereka berubah dan memperoleh beberapa peluang bagi mencari gol penyamaan.

Minit ke-75 keadaan menjadi sedikit kecoh apabila pemain Selangor memprotes keputusan pengadil yang menghadiahkan sepakan penalti kepada Kedah.

Tidak dapat dipastikan sama ada bantahan tersebut disebabkan dakwaan kekasaran ke atas Kpah Sherman berlaku di luar kotak penalti ataupun penyerang import Liberia itu sebenarnya terjatuh kerana melanggar kaki Tim Heubach.

Namun pengadil tetap dengan keputusannya dan Kpah Sherman cemerlang menyempurnakan peluang tersebut dengan sepakan rendah ke sebalah kiri menewaskan Khairul Azhan bagi mengikat kedudukan.

Lima minit sebelum tamat perlawanan, pemain import Kedah Tchetche Kipre menghukum kelalaian benteng pertahanan Selangor dengan gol kemenangan selepas memanfaatkan gerakan dan hantaran cantik pemain gantian Azamuddin Akil.

Tamat perlawanan, Selangor tewas buat kali ketiga musim ini dan jatuh ke tangga ketujuh liga dengan lapan mata, sementara Kedah pula mengekalkan kedudukan mereka di tangga kedua dengan dipisahkan satu mata sahaja dengan pendahulu JDT.-Semuanyabola

lain-lain keputusan :

๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐—™๐—– [ 1-4 ] ๐—๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—น ๐—ง๐—ฎ๐—ธ๐˜‡๐—ถ๐—บ
07′ [0-1] Arif Aiman Hanapi
08′ [0-2] Bergson da Silva
58′ [1-2] Levy Madinda (๐–•๐–Š๐–“๐–†๐–‘๐–™๐–Ž)
68′ [1-3] Bergson da Silva
87′ [1-4] Leandro Velรกzquez (๐–•๐–Š๐–“๐–†๐–‘๐–™๐–Ž)

๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ ๐—จ๐—ป๐—ถ๐˜๐—ฒ๐—ฑ ๐—™๐—– [ 1-2 ] ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—™๐—–
39′ [0-1] ๐– ๐—‡๐—Œ๐–พ๐—…๐—†๐—ˆ Casagrande
48′ [0-2] ๐– ๐—‡๐—Œ๐–พ๐—…๐—†๐—ˆ Casagrande
62′ [1-2] Stefan Nikolic

๐—ฆ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ด [ 1-1 ] ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚ ๐—™๐—–
18′ [1-0] Nor Azam Azih
75′ [1-1] Jordan Mintah (๐–•๐–Š๐–“๐–†๐–‘๐–™๐–Ž)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )