Kedah DA (FC) kekalkan rentak kemenangan tundukkan Sri Pahang di Darul Aman
Kedah DA (FC) kekalkan rentak kemenangan tundukkan Sri Pahang di Darul Aman

Kedah DA (FC) kekalkan rentak kemenangan tundukkan Sri Pahang di Darul Aman

KEDAH Darul Aman (KDA) FC meneruskan rentak kemenangan apabila mencatatkan kemenangan ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Super 2022 selepas terbaharu menang tipis 1-0 ke atas Sri Pahang FC di Stadium Darul Aman semalam.

Sri Pahang FC terlebih dahulu berjaya memberikan saingan di Darul Aman dengan berbalas serangan berbahaya dalam mengimbangi corak permainan yang ditampilkan tuan rumah pada separuh masa pertama.

Akhirnya jaringan yang dinanti-nantikan oleh tuan rumah muncul pada minit ke-55 hasil jaringan pertahanan KDA FC, Rodney Celvin selepas berlaku sedikit kekalutan di hadapan pintu gol Sri Pahang FC.

ARTIKEL BERKAITAN : Dechi Marcel berpeluang dominasi carta ‘Top Passer’ bertemu Sri Pahang

Kegagalan penjaga gol Sri Pahang FC, Mamasou Samassa yang terlebih dahulu mengeluarkan percubaan tandukan Syafiq Ahmad telah dimanfaatkan oleh Celvin untuk meletakkan Sang Kenari di hadapan 1-0.

Pada minit ke-80 pelawat berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Johan Martial namun dibatalkan oleh pengadil kerana terlebih dahulu mengesan ‘foul’ yang dilakukan pemain tersebut kepada pemain tuan rumah.

Tok Gajah menggandakan asakan pada penghujung perlawanan untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata pada aksi sulung mereka, namun keputusan tersebut kekal sehingga ke wisel penamat.

ARTIKEL BERKAITAN : Marc Vales tak sabar nak perkukuh benteng KDA FC

Carta Kedudukan Liga Super 2022

(Visited 47 times, 1 visits today)

COMMENTS