Kedah dijangka terkesan, ekoran dari letusan gunung berapi di Sinabung, Indonesia
Kedah dijangka terkesan, ekoran dari letusan gunung berapi di Sinabung, Indonesia

Kedah dijangka terkesan, ekoran dari letusan gunung berapi di Sinabung, Indonesia


DEBU dan asap Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia yang meletus pagi tadi dijangka memasuki ruang udara utara Selat Melaka, negeri di utara serta timur Semenanjung Malaysia bermula malam ini.

Negeri terbabit ialah Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Jailan Simon, berkata keadaan itu boleh menjejaskan operasi penerbangan pada paras 1,500 hingga 5,000 meter.

“Berdasarkan kepada Model Trajektori Integrasi Lagrangian Hibrid Partikel Tunggal (HYSPLIT) dijana MetMalaysia dan ramalan dari Pusat Amaran Debu Gunung Berapi Serantau (VAAC) Darwin, Australia, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai perkara itu.

“Ia dijangka tidak akan menjejaskan kualiti udara di negara ini. Tiada kesan gempa bumi dan tsunami dijangka melanda Malaysia akibat letupan gunung berapi berkenaan.

“Keadaan semasa Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara turut menunjukkan kualiti udara yang biasa (baik dan sederhana),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta aplikasi myCuaca.

Pagi tadi, gunung berapi di kawasan terbabit dilaporkan kembali meletus dan mengeluarkan debu serta asap berwarna kelabu setinggi 5,000 meter.

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia dipetik memaklumkan, letusan itu berlaku pada jam 10.16 pagi waktu Indonesia Barat dan asap serta debu itu menghala ke arah timur dan tenggara pulau Sumatera.

Sumber: Harian Metro

(Visited 19 times, 1 visits today)

COMMENTS