Kedah FC lebih sesuai dan tepat untuk pasukan Kedah!

Kedah FC lebih sesuai dan tepat untuk pasukan Kedah!

Pernah di suatu ketika dahulu, saya dikunjungi oleh seorang lelaki lalu menasihati saya. Masih terngiang kata-kata beliau di telinga saya.

“YB.. Ada dua perkara yang rakyat Kedah mahukan serta menjadi keutamaan kepada mereka. Pertanian dan bolasepak. Ini bukanlah membawa maksud taraf ekonomi, pembangunan infra dan perindustrian boleh dipandang mudah tetapi inilah kehendak rakyat yang paling utama agar dititik beratkan.

Bola sepak merupakan sukan yang paling digemari di negeri Kedah malah ia merupakan sukan nombor satu negara.

Jangan sesekali mempolitik bola sepak Kedah.

Apabila diumumkan nama kelab yang bakal mewakili negeri Kedah, pelbagai riaksi dan pandangan dari peminat malah warganet juga turut mmemberikan pandangan terhadap isu ini. Ada dua pokok persoalan yang menjadi rungutan para penyokong setia pasukan Kedah:

1. Nama Pasukan: Darulaman FC
2. Logo: Belum ada penjenamaan

Jika dilihat kembali terdapat kata-kata keramat yang menjadi sebutan suatu ketika dahulu, ‘Biar Jasa Jadi Kenangan’. Simbolik kemegahan bola sepak negeri Kedah yang dilaungkan oleh setiap penyokong hijau kuning. Pada logo tersebut terdapatnya misi dan visi yang harus menjadi objektif kepada pasukan Kedah untuk mencapai matlamat yang disasarkan.

Kini isu yang sama timbul semula. Pada hemat saya tiada masalah jika logo Kenari digunakan semula kepada pasukan kelab dan membiarkan Kedah Football Association(KFA) menggunakan logo “Lang Merah”. Segalanya boleh di bincangkan untuk kebaikan bersama.

Isu kedua yang menarik perhatian saya dan para penyokong adalah nama kelab. Tiada salahnya menggunakan nama ‘Kedah FC’. Tidak semestinya ia harus menjadi singkatan KFC. Kesemua ini bergantung kepada panggilan masing-masing.

Lihat saja Kelantan Football Club, tetap dipanggil dengan ‘Kelantan FC’. Tidak timbul isu KFC itu merujuk kepada Kentucky Fried Chicken jenama makanan segera yang sememangnya terkenal di seluruh negara. Pasukan perlu mendidik peminat supaya berbangga dengan nama yang digunakan dan tidak sekali-kali merujuk singkatan kepada maksud yang lain.

Pasukan Kedah tidak perlu terikut-ikut dengan pasukan lain seperti JDT (Johor Darul Takzim) yang menggunakan akronim huruf sebagai jenama pasukan mereka. Kedah perlu ada identiti yang tersendiri. Penggunaan nama Darulaman FC (DFC) pada pandangan saya agak janggal bagi penyokong malah diri saya sendiri.

Oleh itu, adalah diharapkan pihak Presiden KFA YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor boleh mempertimbangkan kehendak peminat sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh YAB MB di Facebook baru-baru ini.

Asmirul Anuar Aris

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )