Kedah mahu jadi negeri pengeluar ketum, jana pendapatan negeri
Kedah mahu jadi negeri pengeluar ketum, jana pendapatan negeri

Kedah mahu jadi negeri pengeluar ketum, jana pendapatan negeri

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memohon kerajaan Malaysia supaya membenarkan negeri Kedah menjadi pengeluar ketum untuk kegunaan perubatan. Bercakap kepada pemberita beliau menjelaskan keinginan Kedah untuk mengusahakan penanaman ketum untuk kegunaan domestik dan dieskport ke luar negara.

Menurut Sanusi, Kedah mempunyai tanah yang luas dan subur untuk penanaman ketum. Malah spesis ketum yang terbaik juga boleh hidup subur di negeri ini.

Ketum mendapat permintaan tinggi dan boleh dieksport ke negara jiran seperti Thailand dan harga yang ditawarkan amat lumayan dan boleh mencecah RM150 sekilogram.

“Oleh kerana permintaan tinggi, harga daun ketum di sini sekitar RM30 sekilogram dan boleh meningkat hingga mencecah RM100 hingga RM150 sekilogram apabila sampai di sempadan. Begitu mahal.

“Jadi, saya hendak cadangkan kepada kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kedah di Wisma Darul Aman di sini pada Rabu.

Memberi contoh negara jiran Thailand, Sanusi menjelaskan negara tersebut telah maju dalam bidang perubatan dengan mengusahakan ketum dalam bentuk pil dan ada juga terdapat mesin layan diri yang menjual minuman yang berasaskan ketum.

Tambah beliau, kerajaan negeri turut bersedia melantik mana-mana anak syarikat di Kedah untuk menjadi ejen tunggal di negeri ini dengan mengumpulkan pengusaha komoditi ketum sekaligus menjadi pengeksport sah.

“Dengan ini, kerajaan boleh mendapat cukai dan pihak penguatkuasaan tidak perlu bersusah payah,” katanya.

(Visited 87 times, 1 visits today)

COMMENTS