Kedah mahu sambar 5 pemain baru-Aidil
Kedah mahu sambar 5 pemain baru-Aidil

Kedah mahu sambar 5 pemain baru-Aidil

Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang belum mendapat rentak kemenangan dalam empat perlawanan lalu bakal melakukan perubahan besar dengan kemasukan pemain baharu pada jendela perpindahan kedua bermula 28 Mei ini.

Menurut Ketua Jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak selepas terikat tanpa jaringan menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) semalam, skuadnya kini merancang mengikat sehingga lima muka baharu bagi memperkuatkan pasukan yang akan bersaing di Piala AFC, Jun ini.

“Kami akan membuat beberapa pertukaran pada jendela perpindahan kedua kali ini kerana keadaan pasukan tidak berada pada kedudukan terbaik ketika ini.

“Kami adalah Kedah, dan kami mahu jadi yang terbaik. Jadi dengan kesempatan pada jendela perpindahan kedua ini, kami merancang akan melakukan pertukaran seramai dua atau tiga atau mungkin hingga lima pemain kerana kami mahu beraksi pada tahap terbaik di Piala AFC musim ini.

“Disamping itu, jangan lupa perlawanan seterusnya selepas ini pula akan bertemu JDT di mana kami perlu bersiap sedia dengan bekerja lebih keras pada tahap lebih tinggi terutama membabitkan tahap kemampuan dan kecergasan,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan semalam, Aidil terkilan kerana hasrat Kedah tidak kesampaian apabila sudah mempersiapkan pasukan untuk turun dengan misi mendapatkan tiga mata.

“Pada babak pertama kami tidak beraksi seperti dirancang. Ia mungkin berpunca daripada tekanan dan faktor kecederaan yang dihadapi pemain.

“Namun pada babak kedua ada peningkatan di mana pemain nampak lebih bersemangat berbanding dengan empat perlawanan yang dilalui sebelum ini.

“Kami tidak dibolosi pada perlawanan ini, namun masalahnya kami tidak dapat beraksi seperti yang dirancang di mana antaranya kami kehilangan pemain import tengah Dechi Marcel dan kurang penguasaan di bahagian tengah,” katanya.

Baca juga:

Tak jadi singkir, Buschening dijangka kembali lebih awal perkuat Kedah?

(Visited 916 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )