Kedah melihat semula implikasi keputusan Mahkamah Persekutuan

Kedah melihat semula implikasi keputusan Mahkamah Persekutuan

Kerajaan Kedah belum membuat sebarang ketetapan berhubung semakan semula enakmen jenayah syariah membabitkan seks luar tabii.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Najmi Ahmad, berkata perkara itu memerlukan penelitian
dan melihat semula implikasi undang-undang serta kedudukannya dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Saya sendiri baru baca berita ini pagi tadi, buat masa sekarang kita belum buat apa-apa lagi.

“Kita akan bincang selepas ini, di Kedah kita tidak sampai ke tahap itu lagi, kita lebih kepada mendidik untuk memberi kesedaran,”
katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan semalam bahawa peruntukan undang-undang syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai jenayah, adalah tidak sah dan tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel sembilan hakim, dalam penghakimannya berkata hanya Parlimen
ada bidang kuasa menggubal undang-undang yang menjadikan seks luar tabii sebagai jenayah. -BH

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )