Kedah perlu benam PJ City FC
Kedah perlu benam PJ City FC

Kedah perlu benam PJ City FC

Saingan Liga Super diteruskan dengan pasukan Kedah FA bakal bertemu dengan PJ City FC pada 5 September 2020 bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Pertembungan di antara pasukan di tangga ke-4 dan ke-10 itu dilihat laluan mudah bagi Kedah kerana telah melakarkan dua kemenangan berturut-turut sebelum ini.

Pasukan Kedah sekarang berada di tangga ke-4 liga setelah lima perlawanan dengan dua kemenangan, satu seri dan dua kekalahan setakat ini. “Lang Merah” dilihat tidak mempunyai masalah untuk membenam pasukan PJ City kerana pasukan Kedah kini berada di dalam momentum kemenangan.

PJ City dilihat agak sukar untuk mencabar pasukan dari utara itu kerana hanya meraih satu kemenangan setelah lima perlawanan. Mengikut rekod tiga perlawanan terakhir, PJ City kalah dua kali dan seri dalam perlawanan yang terakhir mereka.

Laluan yang agak sukar ketika bertemu dengan pasukan Kedah yang rata-rata dibarisi oleh pemain tempatan dan import yang berpengalaman. Bagi pasukan Kedah, peluang bermain di gelanggang sendiri dilihat satu kelebihan untuk mencatat kemenangan ketiga dalam Liga Super.

(Visited 100 times, 1 visits today)

COMMENTS