Kedah perlu kontena simpan mayat pesakit Covid-19 di HSB dan HSAH
Kedah perlu kontena simpan mayat pesakit Covid-19 di HSB dan HSAH

Kedah perlu kontena simpan mayat pesakit Covid-19 di HSB dan HSAH

Dua hospital di Kedah memerlukan kontena sejuk beku untuk menempatkan mayat pesakit Covid-19 berikutan peti mayat yang digunakan ketika ini sentiasa penuh.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Othman Warijo, berkata hospital terbabit adalah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

“Kontena sejuk beku ini begitu diperlukan bagi menempatkan mayat pesakit Covid-19 memandangkan peti mayat yang ada di hospital sentiasa penuh,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Berdasarkan angka terbaru hari ini, negeri itu mencatatkan kes ketiga tertinggi Covid-19 selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan 1,281 berbanding 1,212 direkodkan semalam.

Selain itu, Othman berkata pengambilan katil bagi merawat pesakit Covid-19 termasuk di unit rawatan rapi (ICU) membabitkan semua hospital di negeri itu sudah mencapai 95%.

Katanya, ketika ini, mereka memberi keutamaan untuk merawat pesakit kategori 4 dan 5 sebagai langkah menangani peningkatan kes pesakit yang semakin tinggi.

“Kita beri keutamaan untuk merawat kategori ini di hospital manakala kategori lain dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

“Bagaimanapun, bukan semua pesakit yang dirawat di ICU memerlukan bantuan pernafasan dan ia masih mencukupi,” katanya.

“Tidak semua pesakit Covid-19 dirawat di ICU memerlukan bantuan pernafasan dan ia (alat pernafasan) masih mencukupi kerana tidak semua pesakit memerlukannya,” katanya.

–HMetro

(Visited 35 times, 1 visits today)

COMMENTS