Kedah Sudah Temui Pengganti Kepada ‘Masalah’ Di Posisi Bek Kiri?

Kedah Sudah Temui Pengganti Kepada ‘Masalah’ Di Posisi Bek Kiri?

Adakah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sudah menemui penyelesaian kepada posisi bek kiri mereka yang tampak mungkin sedikit kekurangan ‘watak’?

Setakat ini, Kedah hanya memiliki seorang pemain ‘natural’ yang beraksi di bek kiri iaitu Ariff Farhan Md Isa. Beliau telah kembali semula selepas dua musim berkelana ke luar bersama PKNS FC dan FELDA United. Kedah sebelum itu kehilangan tiga pemain yang merupakan tonggak posisi itu iaitu Azmeer Yusoff, Alif Yusof dan Norfiqrie Talib.

Pemain import yang beraksi baik di posisi itu sebelum musim 2020 berakhir, Shakir Hamzah pula dilepaskan kerana mahu mengutamakan
slot import untuk posisi lain. Kedah sudah memiliki seorang pertahanan import dikekalkan, Renan Alves.

Pada musim 2020, bersama FELDA United, Ariff Farhan boleh dikatakan tonggak utama pasukan kendalian Nidzam Jamil itu dengan membuat 10 daripada 11 penampilan dan merekodkan 760 minit permainan daripada 990 minit sepatutnya.

Sebelum itu, bersama PKNS FC, beliau selaku pemain baharu perlu bersaing sengit dengan Qayyum Marjoni yang merupakan pilihan utama. Beliau hanya beraksi lima kali bersama skuad yang dikendalikan bekas pengendali skuad negara, Datuk K. Rajagobal.

Adakah beliau sudah pulih sepenuhnya dari segi mental dan fizikal daripada kecederaannya itu? Jika beliau kembali tercedera, siapa yang akan mengambil alih posisi tersebut? Semua sedia maklum, Zulkhairi Zulkeply boleh beraksi di situ, namun ia bukanlah posisi dominannya. Jadi, apa penyelesaian di kem Kedah?

Dalam satu perkongsian di laman Facebook Kedah Darul Aman FC baru-baru ini, secara tiba-tiba seorang pemain berkata beliau mahu mencuba posisi itu.

5️⃣ Perkara menarik tentang Syazwan Zainon!

Sapa geng Wan Kapet sokong Liverpool FC ?🙋🏻‍♂️

#KDAFC
#SZ22

Posted by Kedah Darul Aman FC on Isnin, 1 Februari 2021

Pemain sayap yang juga kembali ke Kedah, Syazwan Zainon ada berkongsi, jika dibenarkan oleh jurulatih, beliau mahu cuba beraksi di posisi bek kiri.

Dengan formasi 4-3-3, pada musim lalu, tempat beliau bermain lebih kerap diisi oleh Kipre Tchetche selepas berjaya mengetepikan Hadin Azman untuk berganding baik bersama Kpah Sherman. Kedah juga memiliki Fayadh Zulkifli sebagai penggantinya.

Jika sebagai pemain bek sayap, tiada masalah untuk beliau menyesuaikan diri. Jika beraksi di jentera sayap pun, beliau perlu membantu benteng sekiranya pasukan diserang oleh lawan. Mungkin dari segi latihan akan berubah, iaitu lebih ‘defending’. Namun, tidak banyak pemain di dunia yang mampu cemerlang di dua posisi tersebut.

Tidak salah untuk menyebut, mungkin di dunia ini, yang sangat cemerlang di posisi tersebut antaranya adalah Dani Alves, Marcelo dan Roberto Carlos.

Walaubagaimanapun, tidak salah untuk mencuba, sekiranya ia adalah satu keperluan buat pasukan. Jika JDT berani mengambil risiko pada awalnya untuk tukarkan posisi Kunanlan selepas beliau cemerlang tampil di posisi itu bersama skuad kebangsaan, mungkin pasukan lain juga boleh mengambil risiko dan solusi yang sama.

Untuk Kedah, belum ada keperluan kerana dua pemain boleh bermain di posisi itu. Namun, jika Zulkhairi Zulkeply yang posisi dominannya adalah bek tengah, lebih diperlukan untuk membantu Renan Alves dan Rodney Calvin sebagai pemain backup, Aidil Sharin perlu menyediakan, mungkin, Syazwan Zainon sebagai pilihan lain. -SemuanyaBola

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )