Kedah tiada hasrat tanam pokok di Gunung Inas, Allah yang akan tumbuhkan
Kedah tiada hasrat tanam pokok di Gunung Inas, Allah yang akan tumbuhkan

Kedah tiada hasrat tanam pokok di Gunung Inas, Allah yang akan tumbuhkan

Kerajaan kedah tidak berhasrat menanam pokok di kawasan yang rosak di Gunung Inas, Baling, kata menteri besarnya Muhammad Sanusi Md Nor.

Muhammad Sanusi berkata, kawasan yang ditebang untuk pembalakan sebelum ini akan kembali menjadi hutan selepas 30 tahun.

“InsyaAllah pokok hutan itu akan tumbuh sendiri, semua hutan di Kedah ini tidak ada siapa bawa benih pi tanam, semua Allah yang tumbuhkan, jadi nak pulih macam mana hutan.

“Pasal kalau kita baik pulih macam mana pun dia (kawasan rosak) sudah jadi laluan air, pada masa akan datang pun ia tetap akan jadi laluan air.

“Kalau tempat laluan air memang macam itu lah (rosak). Di hutan lain pun, bukan di Gunung Inas saja, banyak lagi di Pahang, Terengganu dan negeri lain tapi surat khabar (media) tumpu Gunung Inas, mungkin kerana (Gunung Inas) popular,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Dia diminta mengulas laporan media mengenai kerosakan yang berlaku di Gunung Inas akibat banjir puing pada 4 Julai lalu selain cadangan pelbagai pihak untuk memulihkan gunung itu dengan menanam pokok.

Bencana banjir itu meragut tiga nyawa termasuk seorang wanita hamil dan menjejaskan 12 kampung di sekitar daerah Baling.

Dalam tragedi itu, lebih 800 rumah penduduk terutama di Kampung Iboi serta sekitar Kupang terjejas, termasuk 15 kediaman lenyap dengan 18 lagi rosak teruk terkena kayu balak hanyut.

Muhammad Sanusi berkata, bagi mengurangkan kejadian banjir puing, kerajaan menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan membina dua empangan sabo di kaki Gunung Inas.

Menurunyt, majlis pecah tanah bagi projek itu akan diadakan secepat mungkin.

(Visited 488 times, 1 visits today)

COMMENTS