Kelas Kafa diteruskan dan ikut SOP dengan baik

Kelas Kafa diteruskan dan ikut SOP dengan baik

SHAH ALAM – Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) tetap dilaksanakan seperti sesi persekolahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tetapi perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagaimanapun berkata, kementeriannya tiada halangan jika kelas Kafa dilakukan secara talian.

“Perkara itu perlu mendapat keizinan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pada masa sama perlu kaedah pelaksanaannya perlu diteliti.

Zulkifli bergambar bersama peserta dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Kafa peringkat kebangsaan di Hotel Geno, Shah Alam hari ini.

“Kita tidak mahu apabila kelas melalui atas talian, pelajar 30 orang tetapi yang terima akses hanya 10 atau 15 orang. Paling penting mesej pembelajaran tetap disampaikan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Kafa Peringkat Kebangsaan di Hotel Geno, Shah Alam hari ini.

Dalam pada itu, difahamkan Pulau Pinang menjadi antara negeri pertama yang mengadakan kelas Kafa secara dalam talian.

Artikel Penuh : SinarHarian

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )