Keluarga India Yang Tinggal Dalam Kereta Diberi Rumah Sewa

Keluarga India Yang Tinggal Dalam Kereta Diberi Rumah Sewa

Pendakwah bebas dan usahawan terkenal negara, Ebit Lew membantu menanggung duit sewa rumah kepada keluarga India yang tinggal di dalam kereta di Pulau Pinang, selepas kediaman mereka terbakar April lalu.

Menurut Ebit yang turut dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew, S Ganesh bekerja sebagai pengawal keselamatan dan keluarganya terpaksa menggunakan tandas awam untuk mandi.

Baca Juga : Ustaz Kasim Mahu Berjumpa Pendakwah Selebriti Kontroversi

Jelasnya, amat mendukacitakan apabila empat beranak tersebut terpaksa tidur di dalam kereta dan bersyukur dengan makanan apa yang ada.

“Sedihnya rasa, saya tidur lena makan sedap, ada orang sampai tinggal dekat bonet kereta. Berpantang baru lepas bersalin hanya dalam kereta.

“Saya sewakan rumah cantik selesa ada tiga bilik. Saya akan bayar sewa rumah untuk sebulan sementara mereka dapat rumah PPRT. Dah dua kali mohon semenjak rumah terbakar.

“Tapi jika mereka terus ingin terus di situ pun saya akan terus bayarkan dengan gembira,” kata Ebit Lew.

Berita tentang kebakaran rumah Ganesh mendapat perhatian media tempatan dan menyayat hati netizen.

Selepas peristiwa itu, Ganesh tiada mempunyai pilihan selain tinggal dalam kereta bersama isteri dan tiga orang anaknya termasuk bayi berusia lapan bulan.

Hampir lapan bulan, Ganesh menjadikan kereta sebagai tempat perlindungan bagi diri dan keluarganya.

Dalam pada itu, Ebit berkata dia turut hadiahkan kepada keluarga itu peralatan rumah seperti peti ais, mesin basuh, televisyen, periuk dan sebagainya.

“Baik sangat pasangan ini. Tak berhenti Ganesh dan isteri cakap terima kasih.

“Mereka menangis terharu. Katanya kenapa banyak sangat ustaz.

“Mereka suka sangat tengok rumah baru. Cantik dan selesa.

“Gembira dapat tengok senyuman anak-anak comel. Doakan perjalanan nak balik KL (Kuala Lumpur),” kata Ebit Lew.

Baca Juga : Nabila Razali Tidak Dapat Nyanyi Dengan Baik Akibat Disihir?

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (1 )