Kem Najib susah hati jika debat Anwar vs Najib dilaksana pada Ramadan
Kem Najib susah hati jika debat Anwar vs Najib dilaksana pada Ramadan

Kem Najib susah hati jika debat Anwar vs Najib dilaksana pada Ramadan

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak alasan dari kem Najib Razak yang mendakwa sekiranya debat dilaksana pada bulan Ramadan sebagai tidak menghormati bulan suci umat Islam itu. Malah kini kem Najib susah hati jika debat Anwar vs Najib dilaksana pada Ramadan.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa agama Islam tidak pernah melarang sebarang perdebatan untuk mencari kebenaran. Malah perdebatan juga tidak dihalang sekiranya berlaku dalam bulan Ramadan.

“Di bulan Ramadan apa yang dilarang ialah berbuat jahat, umat Islam tidak dilarang berdebat.

ARTIKEL MENARIK : Tangguh debat Najib vs Anwar, fokus buat ibadah dalam bulan Ramadan

“Kalau Najib tidak berasa yakin pada bulan Ramadan, cakap je la tak yakin sekarang,” kata Fahmi kepadanya kepada pihak media.

Sebelum ini Najib Razak dan Anwar Ibrahim masing-masing telah bersetuju untuk berdebat mengenai masalah kewangan yang melanda Sapura Energy Bhd. Namun tiada sebarang ketetapan tarikh dan masa bagi perdebatan itu dilaksana, namun rakyat sangat ternanti-nanti perdebatan di antara dua tokoh politik negara itu.

Kem Najib susah hati jika debat Anwar vs Najib dilaksana pada Ramadan

Dalam respon balas Fahmi terhadap kenyataan Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil yang dimuat naik di Facebook beliau menjelaskan alasan yang diberikan oleh pemimpin UMNO dan BN itu sangat tidak masuk akal.

Fahmi turut menyatakan bahawa persidangan Parlimen boleh sahaja dilakukan pada bulan puasa dan tiada sebarang masalah atau halangan dalam agama Islam.

ARTIKEL MENARIK : Saya tidak pernah mengarahkan sesiapa guna dana untuk tujuan peribadi-Zahid Hamidi

“Nabi Muhammad SAW juga terlibat dalam peperangan semasa Ramadan – seperti contoh semasa perang Badar ketika menawan kota Makkah.

“Bagi saya, Ramadan bukan satu isu dan tidak sepatutnya dijadikan isu. Kita sepatutnya jalani kehidupan seperti laziomnya.

Jelas kini kem Najib susah hati jika debat Anwar vs Najib dilaksana pada Ramadan.

Fahmi dan Isham dijangka bakal bertemu hari ini untuk membuat beberapa ketetapan berkaitan debat Anwar dan Najib.

Selain masa dan tarikh, perkara lain yang akan dibincangkan ialah rakan media dan pengacaranya, katanya.

(Visited 669 times, 1 visits today)

COMMENTS