'Kemenangan BN sudah dijangka, Rakyat rindukan saya sebagai PM'
‘Kemenangan BN sudah dijangka, Rakyat rindukan saya sebagai PM’

‘Kemenangan BN sudah dijangka, Rakyat rindukan saya sebagai PM’

Pilihan Raya Negeri Johor yang diadakan pada 12 Mac lalu menunjukkan Barisan Nasional (BN) berjaya meraih majoriti dengan 40 kerusi dari 56 kerusi yang dipertandingkan.

Menurut bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, kemenangan itu sudah dijangka apabila kehadirannya disambut baik oleh rakyat Johor semasa berkempen di negeri itu.

Beberapa jam sebelum kemenangan BN diumumkan, Najib melalui siaran langsung analisis pilihan raya berkata, rakyat masih merindui dia dan mahu dia kembali menjadi perdana menteri.

“Saya percaya dan andaikan rakyat mengenang zaman saya menjadi PM dan dasar-dasar saya. Rakyat tahu zaman saya, rakyat senang. Mudah cakap, rakyat senang, peniaga pun bersenang, ekonomi berkembang dan ada ketentuan atau kepastian dari segi hala tuju negara.

“Jadi itulah tanggapan rakyat. Patutlah mereka sokong dan sambutan (luar biasa) yang saya terima di seluruh negeri Johor,” katanya.

Dalam temubual itu juga, Najib menjelaskan keputusan juga telah menunjukkan BN menang majoriti dan keputusan itu telah pun dijangka kerana penerimaan rakyat Johor dan sambutan orang ramai di acara kempen BN begitu meriah.-Thereporter

(Visited 15 times, 1 visits today)

COMMENTS