'Kena Tanya Menteri PH Isu Kartel Daging' - Najib
‘Kena Tanya Menteri PH Isu Kartel Daging’ – Najib

‘Kena Tanya Menteri PH Isu Kartel Daging’ – Najib

Bekas Perdana Menteri ke -6, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal isu kartel daging diragui halal yang dilaporkan telah
berlaku sejak 40 tahun lalu itu, tidak pernah muncul selama beliau bergelar Perdana Menteri dari tahun 2009 hingga 2018.

Najib berkata, meskipun media melaporkan ia telah berlaku sejak 40 tahun lalu, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah
terima apa-apa aduan rasmi berhubung perkara itu.

Menurut Najib, beliau juga telah memeriksa perkara tersebut dengan menteri-menteri berkaitan pada masa itu dan mereka mengesahkan
tiada aduan pernah diterima selain media juga tidak pernah menimbulkan isu itu sepanjang tempoh berkenaan.

Baca Juga : “Status Halal Produk Daging Kami Dijaga Rapi” – Alana Group

“Oleh sebab isunya amat berat, sudah tentu kerajaan BN dahulu akan mengambil tindakan jika kita menerima aduan rasmi atau maklumat. Namun tidak pernah ada aduan rasmi diterima dan media juga tidak pernah timbulkan isu ini masa itu.

“Setelah dikaji, rupa-rupanya isu ini pertama kali dilaporkan pada Oktober 2019 tahun lepas,” kata Najib

Mengulas lanjut, Najib berkata, dakwaan awal dibuat Media Asia Sentinel selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
menarik semula pengiktirafan sebuah badan pensijilan halal di Australia.

Walaupun media melaporkan ianya telah berlaku sejak 40 tahun lalu, pada ingatan saya, isu kartel daging yang diragui…

Posted by Najib Razak on Sabtu, 26 Disember 2020

Najib mengatakan bahawa pada waktu itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH),
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Timbalannya, Fuziah Salleh menolak dakwaan itu.

Malahan, katanya, pada masa tersebut juga, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lantikan politik PH,
Latheefa Koya turut berjanji untuk menyiasat perkara itu dan akan membongkarkan hasil keputusan siasatan kemudiannya.

Sehubungan dengan itu, najib menggesa agar Mujahid, Fuziah dan Latheefa menjawab mengenai status siasatan berhubung skandal
kartel daging tersebut selama tempoh empat bulan mereka menyiasat.

“Latheefa tidak pernah beri apa-apa ‘update’ berhubung isu ini sehingga dia letak jawatan empat bulan kemudian apabila kerajaan PH tumbang.

“Bagaimanapun, Menteri jaga agama PH kata semalam (Sabtu) pula bahawa SPRM tidak pernah campur tangan atau
siasat isu ini semasa dia jadi menteri,” kata Najib.

Baca Juga : Dedahkan Senarai Jenama Daging Guna Label Halal Palsu

(Visited 8 times, 1 visits today)

COMMENTS