Kenaikan tarif elektrik membebankan rakyat ketika ini - Teh Swee Leong.
Kenaikan tarif elektrik membebankan rakyat ketika ini – Teh Swee Leong.

Kenaikan tarif elektrik membebankan rakyat ketika ini – Teh Swee Leong.

Alor Setar – Bil elektrik kali ini meningkat dengan mendadak sehingga menyebabkan ada rakyat yang tidak mampu untuk menjelaskan bil kesan tindakan TNB yang menaikkan tarif elektrik.

Itu yang disuarakan oleh Adun Kota Darulaman, YB Teh Swee Leong yang menyifatkan tarif elektrik yang diterima oleh rakyat kali ini cukup menyedihkan.

“Bil elektrik saya pun meningkat kali ini, selalu bil eletrik rumah saya purata dalam setiap bulan hanya dalam lingkungan RM60.00 sebelum PKP, tiba-tiba apabila PKP berlangsung sehingga PKPB, bil melambung sehingga mencecah RM 314.50.

“Setiap bulan pembaca meter TNB akan datang membaca meter seterusnya bilkan penggunaan, kos penggunaan itu akan reset balik kepada blok asal.

“Tapi apabila tempoh PKP berlangsung, TNB tidak menghantar petugas untuk datang membaca meter, apabila petugas tidak datang, maka blok tarif naik sampai tahap ke-3 (maksima). Adakah pengiraan ini wajar dan betul dengan mengambil kira faktor purata?

Tambahnya lagi, Bantuan Prihatin Rakyat (BPN) RM1,600.00, RM1,000.00, RM800.00 dan RM500.00 yang diterima rakyat bukan untuk membayar bil elektrik, tetapi untuk menanggung kos sara hidup akibat tempoh PKP yang lalu dan bukannya untuk membayar bil elektrik yang mencecah sehingga ratusan ringgit.

Oleh itu, Pakej Diskaun Ransangan Ekonomi tidak mencapai matlamatnya dan hanya dilakukan sekadar untuk mengambil hati rakyat yang terkesan dan ianya membebankan rakyat untuk membayar bil elektrik masing-masing.

“Saya mohon Menteri Tenaga ambil tindakan segera dengan menyiasat perkara ini. Jangan biarkan rakyat hidup menderita dan tertekan dengan apa yang dilakukan kerajaan hari ini kepada rakyat, kerajaan patut meringankan beban, bukan menambahkan beban rakyat”, katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS