Kenangan manis bernikah semasa tempoh PKP ini akan di kenang sampai bila-bila - pasangan pengantin.
Kenangan manis bernikah semasa tempoh PKP ini akan di kenang sampai bila-bila – pasangan pengantin.

Kenangan manis bernikah semasa tempoh PKP ini akan di kenang sampai bila-bila – pasangan pengantin.

KUBANG PASU – Meskipun perjalanan majlis cukup ringkas, namun kenangan diberi kepercayaan untuk membaca khutbah nikah serta doa selamat sendiri pada hari pernikahan, menjadi kenangan manis buat Mohd Athaillah Abdul Majid, 25, dan pasangannya, Zaliqha Abdul Roni, 23.

Menurut Mohd Athaillah, dia bersyukur perjalanan majlis itu berjalan cukup lancar biar pun dilangsungkan secara ringkas di Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu, bagi mematuhi syarat ditetapkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

“Saya tak sangka diberi peluang ini (membaca khutbah nikah dan doa sendiri). Mulanya saya ingatkan pejabat agama akan uruskan semua tetapi apabila mereka lihat saya boleh membaca khutbah dan membaca doa, mereka minta saya lakukan sendiri.

“Sepatutnya kami bernikah pada 3 April lalu dan kenduri dijadualKan berlangsung sehari selepas itu. Alhamdulillah kini semuanya selesai,” katanya yang juga Mudir Am Maahad Tarbiah Islamiah, Derang, Pokok Sena.

Pada 21 April lalu, Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Khas Negeri (JKKN) memaklumkan, kerajaan negeri bersetuju membenarkan majlis pernikahan disempurnakan di Pejabat Agama Islam Daerah dengan syarat tertentu.

Keistimewaan tersebut hanya diberikan kepada 952 pasangan yang telah diberi kebenaran untuk bernikah, namun terpaksa menangguhkannya akibat pelaksanaan PKP.

Sementara itu satu lagi pasangan pengantin, Mohamad Ridzuan Che Othman, 26, dan Ku Faten Sharmila Ku Ibrahim, 23, turut menzahirkan rasa syukur di atas perjalanan upacara akad nikah yang sempurna biar pun ringkas.

Menurut Ku Faten, setakat ini dia dan suami masih belum ada perancangan lengkap mengenai kenduri setelah majlis tersebut yang sepatutnya berlangsung pada 18 April 2020, tertangguh akibat pelaksanaan PKP.

“Selain gembira diijabkabulkan, ada juga rasa sedih kerana majlis ini hanya boleh dihadiri oleh ayah saya saja sebagai wali tanpa ada ahli keluarga lain,” katanya.

Sementara itu Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Syeikh Ahmad Muzammil Yub memaklumkan, terdapat 11 pasangan dinikahkan di pejabat agama tersebut pada hari ini.

“Sebelum ini iaitu pada 28 dan 29 April lalu, sebanyak 18 pasangan telah diijab kabulkan dengan cara sama,” katanya.

(Visited 50 times, 1 visits today)

COMMENTS