Kerajaan Gagal Kawal Bekalan Makanan Negara - Mahfuz
Kerajaan Gagal Kawal Bekalan Makanan Negara – Mahfuz

Kerajaan Gagal Kawal Bekalan Makanan Negara – Mahfuz

BALING – Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Dato’ Mahfuz Omar hari ini menempelak kerajaan apabila gagal mengawal sekuriti makanan negara.

Mengambil contoh isu bekalan ayam yang melanda negara baru-baru ini, apa yang dijanjikan oleh kerajaan kepada penternak yang mencetuskan huru hara bekalan ayam dalam negara ini.

“Apabila berlaku krisis seperti ini, barulah kerajaan mula berkira-kira nak tanam jagung bijirin untuk buat dedak, baru nak proses isirong kelapa sawit, sedangkan itu semua adalah penyelesaian jangka panjang.

“Takkan nak tunggu ada masalah baru nak rangka plan tindakan? Inilah jadinya bila negara kita ditadbir oleh menteri-menteri yang korup.

Kerajaan Gagal Kawal Bekalan Makanan Negara – Mahfuz

“Rakyat sekarang sudah terhimpit, (bekalan) ayam sangat terhad, harga di pemborong juga meningkat naik. Ini masalah yang dihadapi rakyat yang perlukan penyelesaian segera,” ujar bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia itu.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama ketika merasmikan mesyuarat tahunan cawangan dan sayap Amanah Kawasan Baling di pejabat Amanah Kawasan Baling petang tadi.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dihadiri oleh ahli dan penyokong Amanah serta penduduk setempat.

(Visited 116 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )