Kerajaan "Keluarga Malaysia", Tapi Tak Pandai Jaga Rakyat dan Negara
Kerajaan “Keluarga Malaysia”, Tapi Tak Pandai Jaga Rakyat dan Negara

Kerajaan “Keluarga Malaysia”, Tapi Tak Pandai Jaga Rakyat dan Negara

Apa jadi kepada kerajaan “Keluarga Malaysia” sekarang? Sepatutnya sebagai sebuah keluarga, kerajaan ini perlu menjaga kebajikan rakyat dan memelihara keharmonian hidup bermasyarakat.

Rakyat tidak gembira di bawah kerajaan “Keluarga Malaysia” pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari UMNO, malah kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) ini semakin hari, dilihat semakin menekan hidup golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Rakyat hari ini bukan semakin terbela di bawah kerajaan “Keluarga Malaysia”, malah dapat dilihat kegelisahan diraut wajah mereka. Poket rakyat ketika ini sedang gawat kerana bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Mereka yang paling terjejas adalah rakyat yang berada di dalam golongan B40. Hambatan kos sara hidup sekarang juga mula dirasai oleh golongan M40 apabila hampir semua barangan keperluan harian  melonjak naik secara mendadak.

Barangan keperluan seperti telur, sardin, ikan, ayam, daging, sayur-sayuran, minyak masak, gandum dan pelbagai lagi perkara yang wajib ada di dapur kini melonjak naik tanpa dapat dikawal oleh kerajaan.

Terkesan dengan permasalahan rakyat hari ini Naib Presiden AMANAH merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Dato’ Mahfuz Haji Omar bersama dengan pimpinan AMANAH Negeri Kedah yang diketuai oleh Pengerusi, YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi, YB Dato’ Dr Ismail Salleh, YB Asmirul Anuar Aris dan Ketua Pemuda, Sdr Ridzwan Arshad turun menerjah Pasar Besar Billion di Alor Setar bagi meninjau harga barang keperluan yang dikatakan naik secara mendadak.

Kerajaan “Keluarga Malaysia”, Tapi Tak Pandai Jaga Rakyat dan Negara

Rata-rata rakyat hari ini mengeluh dengan harga barangan yang naik tanpa dapat dikawal. Pelbagai sebab diberikan oleh kerajaan bagi menjustifikasikan kenaikan harga barangan keperluan, namun sehingga hari ini tiada lagi pelan jangka masa pendek, sederhana dan panjang yang dilihat berhasil untuk menangani masalah ini.

“Masalah bekalan dan kenaikkan harga barang ini berterusan. Sebelum ini saya difahamkan ada peniaga mendapat bekalan ayam 800 ekor sehari namun kini hanya 400 ekor sahaja kerana ayam tidak cukup.

“Walaupun harga kawalan ayam RM8.90 tetapi harga yang dijual melebihi harga kawalan kerana peniaga tidak dapat menampung kos operasi sekiranya menjual pada harga tersebut. Tidak ada makna, kerajaan menetapkan harga kawalan tetapi peniaga tidak boleh jual pada harga tersebut kerana ada peniaga yang menjual pada harga RM10.50 sekilo.

Mahfuz turut menyelar tindakan pihak kerajaan yang dilihat gagal menguruskan masalah kenaikkan harga ayam dan barangan keperluan harian sehingga menekan hidup rakyat.

“Macam mana nak suruh orang bela ayam lima ekor satu rumah, kalau makanan ayam mahal, dedak ayam mahal, takkan nak bagi makan nasi basi atau nasi tak habis pada ayam hari-hari?

Mahfuz dalam sidang media selepas program terjah ke Pasar Besar Billion pagi tadi turut menyentuh kelemahan pihak FAMA dalam memastikan produk rakyat di desa dapat dipasarkan dengan lebih cekap. Peranan agensi kerajaan perlu digembleng bersama bagi menjayakan setiap apa yang telah dirangka oleh kerajaan.

Kerajaan “Keluarga Malaysia”, Tapi Tak Pandai Jaga Rakyat dan Negara

Pihak kerajaan turut diminta untuk segera mencari jalan keluar supaya bekalan makanan sentiasa mencukupi, harga yang lebih stabil dan tidak membebankan rakyat sama ada kepada peniaga atau pembeli.

Dato’ Phahrolrazi pula menyentuh berkaitan dengan isu gaji minima yang bakal naik kepada RM1,500. Menurut beliau ia langsung tidak memberikan sebarang perubahan sekiranya harga barang semakin naik.

“Tidak ada makna gaji naik sehingga RM1,500, harga barang juga turut naik. Sepatutnya dengan kenaikkan gaji ini dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat, tetapi sebaliknya pula harga barang turut naik sehingga 50%-60%.

Pihak kerajaan turut diminta untuk mengkaji semula pemberian subsidi kepada bot-bot besar laut dalam supaya bekalan ikan sentiasa mencukupi dan harga ikan di pasaran tempatan dapat diturunkan kepada harga yang lebih rendah. Selain itu, Mahfuz turut meminta kerajaan supaya segera memperbaiki nilai tukaran mata wang Ringgit Malaysia yang semakin menyusut. Impak tukaran mata wang ini juga menjadi punca kenapa harga barang naik secara mendadak berikutan mata wang Malaysia yang semakin jatuh.

 

(Visited 101 times, 1 visits today)

COMMENTS