Kerajaan negeri galakkan bacaan Al-Quran berkumandang di masjid seperti biasa- Mukhriz Mahathir.
Kerajaan negeri galakkan bacaan Al-Quran berkumandang di masjid seperti biasa- Mukhriz Mahathir.

Kerajaan negeri galakkan bacaan Al-Quran berkumandang di masjid seperti biasa- Mukhriz Mahathir.

ALOR SETAR – Kerajaan negeri menggalakkan masjid di seluruh Kedah untuk mengadakan bacaan al-Quran seperti biasa.

Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir berkata, bacaan al-Quran itu bagaimanapun perlu mematuhi syarat ditetapkan sebelum ini iaitu cuma boleh dilaksanakan oleh tiga orang yang dibenarkan berjemaah di masjid di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Biasanya bacaan itu dibuat sebelum maghrib atau pada waktu subuh dan itu terpulang pada kariah masing-masing. Sekarang ini ada yang terasa kerana selalu mereka mendengar ayat suci al-Quran berkumandang, tetapi kali ini sunyi pula.

“Jadi kita tak mahu pihak masjid terkeliru menyangkakan perkara tersebut tak boleh dilaksanakan. Hakikatnya, kerajaan negeri menggalakkan perkara itu bagi menjadikan suasana Ramadan dapat lebih dirasai,” katanya.

Tambahnya bacaan tersebut boleh dilaksanakan secara bergilir-gilir, sama seperti ketetapan sebelum ini yang membenarkan penggiliran dilaksanakan bagi membolehkan cuma tiga individu terdiri daripada pihak pengurusan masjid menunaikan solat jemaah.

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS