Kerajaan Negeri Kedah Perhalusi syarat dan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat - Mukhriz Mahathir.
Kerajaan Negeri Kedah Perhalusi syarat dan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat – Mukhriz Mahathir.

Kerajaan Negeri Kedah Perhalusi syarat dan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat – Mukhriz Mahathir.

Alor Setar – Kerajaan Negeri Kedah akan memperhalusi syarat dan garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan semalam.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir berkata Pelaksanaan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan akan diteliti bagi mempastikan ia sesuai mengikut keperluan negeri ini. Kerajaan Negeri bertekad untuk mempertahankan status Kedah sebagai Zon Hijau setelah tiada lagi kes aktif COVID-19 dikesan di semua daerah.

Katanya, “Oleh yang demikian, pelaksanaan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ditangguhkan di Negeri Kedah sehingga keputusan dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas COVID-19) pada hari Selasa, 5 Mei ini”.

” Pendirian ini diambil bagi menjamin Kedah kekal sebagai Zon Hijau dan rakyat tidak terancam dengan jangkitan virus COVID-19″.

Mukhriz berkata lagi,” Keselamatan dan kebajikan rakyat tidak akan dikompromi. Buat sementara waktu, terus kekal di rumah dan amalkan penjarakkan sosial”, katanya dalam satu kenyataannya di sini.

(Visited 4 times, 1 visits today)

COMMENTS