KERAJAAN NEGERI KEDAH SUMBANGKAN RM430,000 BELI ALAT RAWATAN PESAKIT COVID-19 DI HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH.

ALOR SETAR : Kerajaan Negeri Kedah hari ini menyampaikan sumbangan bagi perolehan peralatan tambahan untuk merawat dan mengubati pesakit COVID-19 yang diperlukan segera oleh Jabatan Kecemasan dan Pediatrik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Sumbangan bernilai RM430,000.00 itu adalah untuk membekalkan dua unit alat Mechanical Cardiopulmonary Resuscitation (CPR), masing-masing seunit Video Larygeal Scope, Portable High-Efficiency Particulate Air (HEPA) dan Defibrillator With Patient Minitor (Defibmonitor), serta tujuh unit Syringe Pump.

Sumbangan disampaikan Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir kepada Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam), Dr Shahrul Bariyah Ahmad semasa Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah bagi menangani pandemik COVID-19, di Wisma Darul Aman.

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS