KERAJAAN NEGERI KEDAH TEKAD PERTAHAN MANDAT RAKYAT.
KERAJAAN NEGERI KEDAH TEKAD PERTAHAN MANDAT RAKYAT.

KERAJAAN NEGERI KEDAH TEKAD PERTAHAN MANDAT RAKYAT.

Alor Setar – Kerajaan Negeri tekad mempertahankan mandat rakyat dari dikuasai oleh perikatan nasional.

Ketua Penerangan Pakatan Harapan Negeri Kedah, Dato Dr Ismail Salleh berkata apa yang berlaku di pusat dan negeri-negeri lain yang tumbang kepada perikatan nasional, tetapi Kedah mengambil keputusan untuk mempertahankan mandat yang diberikan oleh rakyat menerusi pilihan raya umum yang lepas.

“Pada hakikatnya apabila Parti Bersatu keluar dari pakatan harapan, maka negeri-negeri yang mempunyai Menteri Besar ataupun wakil rakyat dari Bersatu ini akan jatuh ke tangan perikatan nasional.”

“Akan tetapi di negeri kedah, atas sebab tidak ingin mengkhianati mandat rakyat, maka Parti Bersatu bersama pakatan harapan negeri Kedah nekad membuat keputusan mempertahankan negeri Kedah.”

Katanya lagi, “Mandat rakyat diberikan oleh pimpinan pakatan harapan kerana rakyat faham dan tahun kerajaan yang ada sekarang menerusi perikatan nasional adalah Kerajaan yang mengambil jalan “Pintu belakang ” dengan mengambil peluang yang ada untuk merampas urus tadbir negara daripada pakatan harapan.”

“Kalau ingin mengambil negeri Kedah, ambil menerusi pilihan raya yang akan datang.Gunakan saluran yang betul bukannya dengan cara sebegini dan rakyat menilai apa yang dilakukan oleh perikatan pada ketika ini.”

Ujarnya lagi,”Pada ketika ini mereka sedang khianat kepada rakyat, kita lihat negeri lain yang sebelum ini dikuasai oleh pakatan harapan tumbang kepada perikatan nasional atas perbuatan mereka yang menggunakan saluran yang salah dan menghampakan pengundi di kawasan masing-masing.”

“Kita memegang janji kita kepada rakyat dan mandat ini harus dipertahankan sehabis baik.”

Dr Ismail berkata lagi, “Mandat yang diberikan 2 tahun ini kita telah gunakan sehabis baik dalam urus tadbir negeri dan merancang beberapa hal yang berkait dengan kebajikan rakyat.”

“Antara yang Kerajaan negeri telah berikan adalah Tabung Wanita Negeri Kedah di mana tabung ini direalisasikan menerusi Exco Kebajikan dan ianya adalah salah satu maniefiesto pakatan harapan.”

“Selain itu, kita telah berikan Kad KIDA iaitu bantuan berupa barangan keperluan isi rumah kepada golongan yang berpendapatan rendah di dalam negeri Kedah. Kita juga ada bantuan Tabung Pesakit Kronik (TPK) di mana tabung ini membantu pesakit kronik dalam negeri Kedah untuk menampung kos keperluan dari segi peralatan dan keperluan yang diperlukan untuk pesakit.”

“Pada tahun 2019, dari segi pelaburan, Kedah mencatat nilai pelaburan sebanyak lebih dari 10 Billion dan Kedah juga berada di tempat yang ketiga menerima pelaburan tertingi dalam Malaysia selepas Selangor dan Pulau Pinang,” ujarnya.

“Kita ingin mempertahankan mandat bukan sebab jawatan, tetapi kita ingin lakukan yang terbaik untuk rakyat kerana kita dipilih oleh rakyat dan kita kena pegang amanah yang rakyat berikan untuk melonjakan negeri Kedah untuk terus maju ke hadapan.” katanya.

Kenyataan di atas adalah respon kepada kenyataan Ketua Pembangkang DUN Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor di beberapa akhbar pada hari ini.

Keadaan di negeri Kedah sekarang mempunyai 36 kerusi Dewan undangan negeri. Kerusi yang dimenangi oleh parti yang bertanding seperti PKR ( 7 Kerusi ), Amanah ( 4 Kerusi ), Dap ( 2 kerusi ), Bersatu ( 6 kerusi ), Pas ( 15 kerusi ) dan Umno ( 2 kerusi ).

(Visited 4 times, 1 visits today)

COMMENTS