Kerajaan PN yang tiada hala tuju - Mohamad Sabu.
Kerajaan PN yang tiada hala tuju – Mohamad Sabu.

Kerajaan PN yang tiada hala tuju – Mohamad Sabu.

Kerajaan PN pada hari ini adalah kerajaan yang tiada hala tuju dan hanyalah dipilih dari barisan Ahli Parlimen, bukannya dari rakyat menerusi Pru yang lalu.

Itu yang ditegaskan oleh Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, Kerajaan PN pada hari ini adalah kerajaan “pintu belakang ” yang tiada hala tuju untuk memerintah kerana mereka mengambil tampuk pemerintahan kuasa di saat Pakatan Harapan sedang memulihkan negara dari kerosakan kerajaan terdahulu.

” Mereka boleh melakukan apa saja seperti tidak menetapkan harga siling minyak dan menaikkan harga barang kerana kerajaan hari ini tidak mempunyai manifesto lalu mereka boleh melakukan apa saja demi kepentingan peribadi, jadi rakyat jangan marah sebab mereka tiada ‘target’ yang jelas dalam mentadbir kerajaan hari ini.

” Kerajaan Pakatan Harapan mempunyai manifesto dan sebahagiannya telah dilaksanakan, walaupun rakyat menghentam kerajaan ketika itu kerana Pakatan Harapan sedang memulihkan ekonomi negara di samping berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat malaysia melalui manifesto yang telah dijanjikan.

Jelasnya lagi, Kerajaan PN adalah kerajaan yang tidak direstui oleh rakyat, mereka ambil dengan cara yang tidak baik, hanya memikirkan kepentingan peribadi untuk mendapatkan kuasa sahaja.

” Demi memperkukuhkan kedudukan mereka, satu gerakan dilakukan untuk mengulingkan kerajaan Pakatan Harapan dengan gabungan parti-parti yang kalah dalam Pru lepas dan seterusnya membentuk kerajaan yang bukan dari mandat rakyat.

Ujarnya lagi, selepas kerajaan PN mengambil alih, maka pemimpin yang menghadapi tuduhan mahkamah berkaitan rasuah dan salah guna kuasa dilepaskan dan digugurkan kes.

” Rakyat boleh melihat pembebasan Musa Aman yang mempunyai 46 tuduhan kes rasuah dan Reza Aziz yang dituduh berkaitan penyelewengan dana 1MDB. Meraka dilepaskan pada zaman pemerintahan kerajaan PN.

” Pada zaman kerajaan Pakatan Harapan, kita mengheret pemimpin yang terlibat dengan rasuah ke muka pengadilan, apabila tukarnya kerajaan mereka dengan tidak rasa bersalah membebaskan individu yang mempunyai kes di mahkamah. Ini jelas menunjukan bahawa mereka mempunyai agenda tersendiri dan tidak ikhlas untuk mentadbir negara ketika ini.

” Selepas ini akan ada banyak lagi perkara pelik yang akan berlaku di negara kita kerana demokrasi yang kita pupuk selama 22 bulan memerintah akan rosak di tengah jalan akibat perbuatan kerajaan PN hari ini “, katanya di sini. – Kedahkini

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS