Kerajaan umum pakej bantuan PKP 3.0 bagi kadar BPR ditambah

Kerajaan umum pakej bantuan PKP 3.0 bagi kadar BPR ditambah

Kerajaan bersetuju memperuntukkan RM2.1 bilion bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500 akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak RM500 dan isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 akan menerima kadar sebanyak RM300.

“Golongan bujang pula akan menerima RM100.

“BPR tambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti. “Bayaran ini adalah tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan September kelak sebanyak RM2.4 bilion.

“Seterusnya, saya juga mendengar permintaan rakyat supaya kerajaan menimbang semula pemberian moratorium.

“Sehubungan itu, hasil perbincangan bersama Bank Negara Malaysia (BNM), industri perbankan memberi jaminan dan komitmen penuh untuk
terus memberikan bantuan pembayaran balik pinjaman dan moratorium.

“Oleh itu, bagi semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, anda diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama tiga bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50 peratus selama tempoh enam enam bulan,” katanya pada Perutusan Khas Perdana Menteri Bantuan PKP 3.0 di sini, malam ini.-HM

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )