Kerjasama FIREFLY kempen promosi pelancongan Negeri Kedah - Asmirul
Kerjasama FIREFLY kempen promosi pelancongan Negeri Kedah – Asmirul

Kerjasama FIREFLY kempen promosi pelancongan Negeri Kedah – Asmirul

Subang Skypark hari ini menyaksikan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah, Tourism Malaysia dan Firefly dalam pelancaran logo (livery) VM2020 dan pakej pelancongan ‘The Best of Langkawi Discovery’.

Perasmian dibuat oleh YB Asmirul Anuar Aris Exco Pelancongan dan Seni Budaya Negeri Kedah mewakili YAB Dato’Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir Menteri Besar Kedah.

Hadir bersama merasmikan pelancaran tersebut disertai oleh Dato’ Dr. Noor Zari Hamat, Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Musa Yusof, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, serta CEO Firely Encik Philip See.

Kempen ini menyaksikan paparan logo VM2020 pada badan pesawat Firefly, serta info produk pelancongan negeri pada ruang simpanan atas serta tempat hidangan dalam pesawat. Selain itu, hiasan dalaman yang ceria dan berwarna-warni turut ditambah pelbagai imej makanan, budaya, pantai, eko-pelancongan, seni dan pemandangan indah Malaysia.

Kesemua paparan visual itu diharap dapat menyemarakkan kempen VM2020 untuk pasaran domestik dan ASEAN, serta menarik minat generasi muda untuk menghargai produk pelancongan domestik.

Selain paparan logo dan imej, Firely turut menawarkan potongan diskaun 30% untuk para pelancong menikmati pelbagai pakej pelancongan yang menarik. Pakej ke destinasi unggul Pulau Langkawi menjadi pembuka tirai tawaran Firefly dengan tempoh tempahan bermula pada 17 Februari hingga 13 Mac 2020, sementara tempoh perjalanan adalah sehingga 30 Jun 2020. Terdapat 70 buah hotel terlibat di Langkawi, dengan baucar penginapan percuma, aktiviti island-hopping dan tiket ke Crocodile Adventureland ada ditawarkan.

Pakej ‘The Best of Langkawi Discovery’ dengan 6 tonggak itu menyasarkan supaya pelancong mendapat kepuasan berganda melalui aspirasi “See It, Hear It, Sense It, Feel It, Touch It, Taste It” dan dijangka akan dapat merancakkan pelancongan domestik, serta mengimbangi penurunan kedatangan pelancong antarabangsa.

(Visited 13 times, 1 visits today)

COMMENTS