Kes Baharu Covid-19 terus menurun
Kes Baharu Covid-19 terus menurun

Kes Baharu Covid-19 terus menurun

Angka kes baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan iaitu 8,075 kes berbanding semalam 9,066 kes.

Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia adalah 2,285,640 kes.

Beliau berkata, Sarawak dan Kelantan mencatatkan kes empat angka iaitu masing-masing 1,189 kes dan 1,020 kes manakala negeri lain merekodkan tiga angka.

“Pulau Pinang merekodkan 853 kes diikuti Johor 781 kes, Selangor (686), Terengganu (636), Sabah (677), Kedah (628) dan Perak (548).

“Sebanyak 522 direkodkan di Pahang, 853 di Pulau Pinang, Melaka (219), Kuala Lumpur (151) dan Negeri Sembilan (108).

“Perlis merekodkan 36 kes diikuti Putrajaya (19) dan Labuan dua kes dilaporkan,” katanya menerusi Twitter.-HM

(Visited 7 times, 1 visits today)

COMMENTS