Kes baru Covid19 melonjak tinggi, catat rekod baru hari ini
Kes baru Covid19 melonjak tinggi, catat rekod baru hari ini

Kes baru Covid19 melonjak tinggi, catat rekod baru hari ini

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 6 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,755 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 38,189 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,530 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 1,199 kes (68.3 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Sebanyak 741 kes (42.2 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS). Ini melibatkan Kluster PTS Tawau (372 kes), Kluster Penjara Sandakan (184 kes), Kluster Seberang Perai (162 kes), Kluster Tembok (10 kes), Kluster Penjara Kepayan (8 kes), Kluster Penjara Reman (3 kes), dan Kluster Benteng LD (2 kes).

Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 191 kes (10.9 peratus) dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan  mencatatkan sebanyak 59 kes positif (3.4 peratus) pada hari ini. Kelima-lima negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyumbang sebanyak 1,449 kes (82.6 peratus) daripada keseluruhan kes positif COVID-19 pada hari ini.

Ingin dimaklumkan daripada 1,755 kes baharu pada hari ini, terdapat tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan satu (1) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Arab Saudi (1 kes di Sarawak);
  • Afrika Selatan (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Myanmar (1 kes di Johor).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 1,199 kes
    • 663 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mampulut;
    • 363 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3 ) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • 170 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang : 192 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Selangor: 164 kes
    • 111 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Fores;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 59 kes
    • 40 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 45 kes
    • 34 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Perak : 18 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rengas;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 17 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Fores;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak : 17 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Terengganu : Lapan (8) kes daripada kluster sedia ada.
  • Johor : Tiga (3) kes daripadalain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka : Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 78 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 279 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:Kes No. KematianKes No.NegeriJantina(Warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang27835982SabahPerempuan (WN)67Hospital Duchess of KentPenyakit kencing manis, darah tinggi dan asma27935303KedahLelaki (WN)54Hospital Sultanah BahiyahPenyakit darah tinggi, buah pinggang kronik dan strok

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KLUSTER DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa tiga (3) kluster diisytiharkan tamat pada hari ini iaitu Kluster Bah Lada, Kluster Atap dan Kluster Bah Sahabat Tiada kes kematian yang dilaporkan daripada kluster-kluster ini.

  • KLUSTER BAH LADA

Kluster ini melibatkan negeri Perak. Sehingga 6 November 2020, seramai 56 orang telah disaring di mana empat (4) kes dikesan positif COVID-19. Kadar positiviti bagi kluster ini adalah 7.14%.

  • KLUSTER ATAP

Kluster ini melibatkan negeri Sabah. Sehingga 6 November 2020, seramai 48 orang telah disaring di mana empat (4) kes dikesan positif COVID-19. Kadar positiviti bagi kluster ini adalah 8.33%.

  • KLUSTER BAH SAHABAT

Kluster ini melibatkan negeri Terengganu. Sehingga 6 November 2020, seramai 53 orang telah disaring di mana 11 kes dikesan positif COVID-19. Kadar positiviti bagi kluster ini adalah 20.75%.

TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER MAMPULUT

Kluster baharu ini melibatkan daerah Keningau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-32154) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 31 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Kompleks Sukan Keningau, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 27 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 6 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana:

  • 28 kes dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu); dan
  • 181 individu dikesan negatif.
  • KLUSTER FORES

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling, Gombak dan Klang di negeri Selangor serta daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-25475) adalah kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) yang telah dikenal pasti positif COVID-19 pada 17 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 19 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 6 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 190 individu telah disaring, di mana:

  • 20 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu);
  • 70 individu dikesan negatif; dan
  • 100 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER RENGAS

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kuala Kangsar di negeri Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-36426 dan kes ke-36427) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu-individu bergejala pada 4 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 6 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 290 individu telah disaring, di mana:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 (7 kes baharu); dan
  • 281 individu masih menunggu keputusan.

PENILAIAN DAN PENENTUAN RISIKO (RISK ASSESSMENT) JANGKITAN DAN PENULARAN COVID-19 BAGI SESUATU KAWASAN

Secara umumnya, kaedah penentuan zon jangkitan COVID-19 berdasarkan bilangan kes harian dan jumlah kes kumulatif untuk tempoh 14 hari yang lepas adalah menjadi asas kepada District Risk Reduction Program (DRRP). Ia membantu pemahaman tindakan selanjutnya yang perlu diambil oleh komuniti dan dipandu oleh pihak Kerajaan di kawasan setempat.

Walau bagaimanapun, kaedah penentuan zon jangkitan COVID-19 bukan hanya bergantung kepada DRRP, sebaliknya lebih penting lagi ia mengambilkira risiko jangkitan dan penularan COVID-19 dalam sesuatu kawasan. Beberapa kriteria diambil kira dalam penilaian dan penentuan risiko (risk assessment) ini iaitu:

1.      Kadar peningkatan kes

Peningkatan kes sama ada meningkat secara mendadak dalam tempoh masa yang singkat atau  secara perlahan. Peningkatan kes yang mendadak menggambarkan kadar penularan jangkitan yang tinggi;

2.      Taburan kes positif

Taburan kes dikenal pasti secara geomapping untuk menentukan sama ada kes-kes bertumpu atau bertaburan;

3.      Peratusan bilangan kes tidak bergejala

Peratusan bilangan kes yang tinggi berkemungkinan menyebabkan penularan jangkitan yang tidak disedari oleh kes-kes terbabit;

4.      Kepadatan penduduk di kawasan terlibat

Kawasan yang berkepadatan penduduk yang tinggi serta jenis tempat tinggal seperti rumah kongsi berisiko untuk meningkatkan penularan jangkitan;

5.      Latar belakang sosiodemografi setempat

Faktor-faktor seperti penduduk bukan warganegara di sesuatu lokaliti, mobilisasi penduduk merentas mukim/ daerah/ negeri kerana keperluan bekerja atau bersekolah, kewujudan lorong-lorong tikus bagi kemasukan bukan warganegara dan sebagainya berisiko untuk meningkatkan penularan jangkitan;

6.      Kewujudan infrastruktur gunasama di lokaliti seperti pasar, pasaraya, sekolah, rumah ibadat dan lain-lain premis yang menjadi tempat perkumpulan ramai; dan

7.      Terdapat sejarah perhimpunan beramai-ramai di sesuatu lokaliti dalam tempoh kebolehjangkitan semasa kes mula dikesan.

 Selain itu, impak tindakan kawalan dan pencegahan kesihatan awam yang telah dijalankan di kawasan setempat juga diambil kira, misalnya:

  • Bilangan kontak rapat yang dikaitkan dengan kes yang telah dikenal pasti;
  • Bilangan yang diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) termasuk yang dihantar ke stesen kuarantin; dan
  • Bilangan penduduk yang terlibat.

Namun begitu, bagi memudahkan pemahaman oleh masyarakat dan orang umum, pendekatan warna zon seperti yang digunakan untuk DRRP adalah digunakan iaitu zon hijau, zon kuning, zon jingga dan zon merah.

(Visited 5 times, 1 visits today)

COMMENTS