Kes baru Covid19 meningkat mendadak, hasil saringan besar-besaran
Kes baru Covid19 meningkat mendadak, hasil saringan besar-besaran

Kes baru Covid19 meningkat mendadak, hasil saringan besar-besaran

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 13 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari,660 kes baharu telah dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 16,880 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,345kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 660 kes baharu yang dilaporkan, terdapat dua (2) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) bukan warganegara iaitu dari:

  • India: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan; dan
  • Nepal: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Daripada 658 kes penularan di dalam negara, 618 kes adalah warganegara Malaysia dan 40 kes adalah bukan warganegara.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 443 kes
    • 162 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 38 kes daripada kluster-kluster aktif sedia ada;
    • 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Semarak;
    • 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bina;
    • Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sabindo;
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bestari; dan
    • 214 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 76 kes
    • 45 kes daripada kluster-kluster aktif sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Sembilan (9) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Lima (5) kes saringan bergejala;dan
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Kenangan.
  • Kedah: 60 kes daripada Kluster Tembok.
  • Pulau Pinang: 23 kes 
    • 18 kes daripada Kuster Penjara Reman;
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Penjara Jawi; dan
    • Dua (2) saringan kendiri.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 18 kes
    • Sembilan (9) kes saringan petugas kesihatan;
    • Enam (6) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster aktif sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Perak: 16 kes daripada Kluster Tembok.
  • Johor: 10 kes
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster aktif sediada;dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 9 kes
    • Enam (6) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster aktif sediada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Negeri SembilanDua (2) kes daripada kluster-kluster aktif sedia.
  • Pahang: Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru.

Sehingga kini, terdapat 101 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 163 kes (1.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:Kes kematianKesJantinaUmur (tahun)HospitalLatar Belakang16016315Perempuan WN84Hospital Duchess of Kent  Penyakit darah tinggi dan dislipidemia  16116316Lelaki WN83Hospital Duchess of Kent  Penyakit darah tinggi, kencing manis dan dislipidemia16216662Perempuan BWN36Hospital SempornaPenyakit tuberkulosis dalam rawatan16316663Lelaki WN59Hospital TawauPenyakit buah pinggang kronik

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

SARINGAN KESIHATAN DI PINTU MASUK DOMESTIK DAN ANTARABANGSA BAGI PENGUNJUNG DENGAN SEJARAH PERJALANAN PULANG DARI SABAH DITERUSKAN

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 394 kes positif COVID-19 yang melibatkan pengunjung dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah sejak 22 September 2020. Dari jumlah itu, sebanyak 228 kes (57.9 peratus) adalah dalam kalangan pengunjung yang tiba sebelum 27 September 2020, manakala sebanyak 166 kes (42.1 peratus) lagi adalah dalam kalangan pengunjung yang tiba selepas 27 September 2020. Secara keseluruhan sehingga 13 Oktober 2020, seramai 18,478 individu dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah telah disaring di semua pintu masuk antarabangsa dan domestik.

Untuk makluman juga, sehingga kini terdapat sebanyak 23 kluster di seluruh Malaysia yang disebabkan oleh kes indeks yang juga merupakan pengunjung dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah. Walau pun KKM telah melaksanakan saringan COVID-19 kepada semua pengunjung dari Sabah sejak 27 September 2020 dan mengeluarkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO)sehingga keputusan ujian negatif dimaklumkan, kes dan kluster berkaitan kelompok ini masih terus dilaporkan.

Bagi membantu menangani isu ini dan dengan mengambil kira situasi kenaikan jumlah kes COVID-19 di Sabah, semua pengembara yang tiba dari Sabah wajib menjalani saringan kesihatan COVID-19 di Pintu Masuk Antarabangsa dan Domestik, diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh ketibaan, dipakaikan gelang (wristband) dan perlu memantau kesihatan kendiri menggunakan Home Assessment Tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. Langkah ini telah bermula 11 Oktober 2020 sehingga suatu tarikh yang akan diberitahu kelak. Situasi semasa berkaitan isu ini adalah dipantau rapi oleh KKM dan sebarang perubahan dalam pendekatan yang diambil akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara.

ENAM (6) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu di negeri:

  • Sabah – Empat (4) kluster;
  • Selangor – Satu (1) kluster; dan
  • Penang – Satu (1) kluster.

1)KLUSTER SEMARAK, SABAH

Kluster baharu ini dikenal pasti di daerah Tawau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12200) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 13 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 19 individu telah disaring, di mana:

  • 14 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • Lima (5) individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER BINA, SABAH

Kluster baharu ini dikenal pasti di Beaufort, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15575) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan ke Hospital Sipitang pada 10 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana:

  • 14 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 45 individu negatif.

3) KLUSTER SABINDO, SABAH

Kluster baharu ini dikenal pasti di Tawau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11897) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 3 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau. Saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 76 individu telah disaring, di mana:

  • 14 kes dikesan positif COVID-19;
  • 51 individu negatif; dan
  • 11 individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER BESTARI, SABAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Sandakan, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14830) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 18 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana:

  • 19 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 26 individu masih menunggu keputusan.

5) KLUSTER BAH KENANGAN, SELANGOR

Kluster baharu ini melibatkan melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11802) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari Kawasan Berisiko Tinggi (Sabah) pada 2 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 17 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana:

  • 18 kes dikesan positif COVID-19;
  • 15 individu negatif; dan
  • Lima (5) individu masih menunggu keputusan.

6) KLUSTER PENJARA JAWI, PULAU PINANG

Kluster baharu ini dikenal pasti di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Tiga (3) tahanan telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan dari Penjara Reman Timur Laut pada 11 Oktober 2020. Mereka semua tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Pusat Rawatan Berisiko Rendah.

Sehingga 13 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 226 individu telah disaring, di mana:

  • Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19;
  • 61 individu negatif; dan
  • 162 individu masih menunggu keputusan.

(Visited 2 times, 1 visits today)

COMMENTS