Kes baru Covid19 menurun berbanding semalam
Kes baru Covid19 menurun berbanding semalam

Kes baru Covid19 menurun berbanding semalam

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan penurunan jumlah kes baharu sebanyak 517 kes (55.8 peratus) iaitu daripada 927 kes kepada 410 kes. Walaupun terdapat penurunan jumlah kes pada hari ini, KKM masih terus giat menjalankan aktiviti saringan dan pengesanan kes secara aktif di seluruh negeri Sabah. Ini kerana, masih terdapat sebanyak 44 kluster yang aktif di Sabah dan peningkatan kes harian tempatan masih boleh berlaku.

Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 138 kes (16.5 peratus dari jumlah keseluruhan kes). Daripada 138 kes baharu ini, 65 kes (47.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu. Untuk makluman, negeri-negeri ini dan juga negeri Sabah telah pun diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Terdapat penurunan sebanyak 485 kes (95.5 peratus) bagi kes-kes yang berkaitan kluster penjara pada hari ini, iaitu daripada 508 kes kepada 23 kes. Daripada jumlah ini, 15 kes adalah daripada Kluster Tembok; tujuh (7) kes daripada Kluster Penjara Kepayan; dan satu (1) kes daripada Kluster Penjara Reman. Ini adalah hasil usaha keras semua pihak dalam menjalankan kawalan dan pencegahan di samping pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi penjara dan kuarters yang yang terlibat iaitu bagi mengelak berlaku sebarang penularan ke komuniti.

Secara keseluruhannya, sehingga 27 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 835 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 28,640 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 9,903 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 835 kes baharu pada hari ini, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara dan empat (4) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • India (1 kes di Selangor dan 1 kes di Wilayah Persekutuan Labuan);
  • Indonesia (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Thailand (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Bulgaria (1 kes di Wilayah Persekutuan Labuan).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 410 kes
    • 60 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lintas;
    • 218 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 132 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 155 kes
    • 149 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 125 kes
    • 59 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 74 kes
    • 69 kes daripada kluster-kluster sedia ada termasuk 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Limbungan; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak : 16 kes
    • 12 kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 13 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : 11 kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : Sembilan (9) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor : Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah : Empat (4) kes daripada kluster sedia ada.
  • TerengganuEmpat (4) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Satu (1) kes  saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 89 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 238 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (Warganegara) Umur (tahun) Hospital Latar Belakang
237 27478 Sabah Lelaki (WN) 82 Hospital Tawau  Penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), buah pinggang kronik dan aritmia jantung (AF)
238 28215 Sabah Perempuan (BWN) 53 Hospital Tawau

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

DUA (2) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER LINTAS

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Negeri Sabah. Sebanyak enam (6) kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 26 Oktober 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

Sehingga 27 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana:

  • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu); dan
  • 15 individu negatif.

2) KLUSTER LIMBUNGAN

Kluster baharu ini dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18741) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 15 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 19 lagi kes positif COVID-19 pada 27 Oktober 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Labuan.

Sehingga 27 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 383 individu telah disaring, di mana:

  • 20 kes dikesan positif COVID-19 (13 kes baharu);
  • 44 individu negatif; dan
  • 319 individu masih menunggu keputusan.

USAHA MEMBENDUNG PENULARAN COVID-19 DI TEMPAT KERJA

Ingin dimaklumkan daripada 230 kluster COVID-19 yang telah dilaporkan sejak permulaan pandemik di Malaysia, sebanyak 62 kluster (30 peratus) adalah berkaitan dengan tempat kerja. Sehingga 27 Oktober 2020, terdapat 37 kluster berkaitan tempat kerja yang masih aktif termasuk dua (2) kluster baharu diumumkan pada hari ini.

KKM amat berterima kasih dan ingin menyampaikan penghargaan kepada majikan dan syarikat swasta dalam bersama-sama membantu mengekang penularan COVID-19 di kalangan warga kerja. Tindakan proaktif majikan yang turut sama menjalankan saringan COVID-19 terhadap pekerja-pekerja membolehkan pengesanan kes-kes positif yang tidak bergejala di kalangan warga kerja dan seterusnya membantu KKM dalam menjalankan aktiviti kesihatan awam dengan segera. Ini sekaligus dapat membendung penularan jangkitan COVID-19 dalam sesebuah komuniti dan seterusnya melindungi individu-individu daripada kumpulan berisiko tinggi, warga emas dan kanak-kanak.

Selain tindakan proaktif majikan, warga pekerja juga mempunyai peranan yang besar dalam membantu KKM untuk membendung penularan COVID-19 di tempat kerja dengan mematuhi Prosedur Amalan Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Di samping itu, warga kerja perlu sentiasa mengamalkan kawalan kendiri ketika berada di tempat kerja. Persekitaran tempat kerja yang bersih dan selamat juga hendaklah dijadikan kebiasaan harian bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

(Visited 4 times, 1 visits today)

COMMENTS